Iddah ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami.

Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.

Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.


Jenis-Jenis Iddah

Ia terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Iddah Raj’ie iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Iddah Bain iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akaq nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga
2) Lian
3) Fasakh
4) Khuluk (Tebus Talak)
5) Ila’
6) Isteri yang belum disetubuhi

Iddah Perempuan Yang Diceraikan 

Iddah bercerai masa hidup

1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid

2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup umur @ telah putus haid, iddahnya 3 bulan

3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak

Iddah bagi perempuan kematian suami

1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan 10 hari

2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak

TIPS TAMBAHAN

# Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan iddah raj’ie, kemudian bekas suaminya meninggal dalam  tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar kepada iddah kematian suami.

# Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang kematian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.

# Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak @ kematian suami.

# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan  

a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah

 b) Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut : 

1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal

2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah

3) Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya

TIPS TAMBAHAN* Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat tinggal.
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 12 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Rahsia disebalik Segera Berbuka dan Lewatkan Sahur Ibn ‘Abd al-Barr mengatakan hadis-hadis tentang menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur adalah sahih lagi mutawatir. (Ibn Hajar, Fath al-Bari, ...
Fadhilat ke masjid untuk solat عن أَبي هريرةَ رضيَ اللَّه عنهُ أَنَّ النبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : « مَنْ غَدا إِلى المسْجِدِ أَوْ رَاحَ ، أَعَدَّ اللَّه لهُ في الجَنّ...
Saidina Abdul Rahman Bin Auf Abdul Rahman Bin Auf adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang akrab. Beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang terkaya sebagaiman...
Dajjal Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi ...
Adakah kitab Veda wahyu Allah ? Soalan:  Jika Allah telah menghantar buku-buku dan ayat-ayat-Nya di setiap tempoh, kemudian yang wahyu telah dihantar ke India? Bolehkah kita mengang...
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat الأمور بمق... Kaedah Pertama الأمور بمقاصدها Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat Kaedah pertama daripada kaedah asas yang lima ini adalah amat penting sekali...
WAJIB WAJIB ( Iijab) ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (QAT'IE). Sekiranya tidak dilaksanakan...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »