Ilmu tentang hari Kiamat adalah rukun agama

Semakin ke akhir zaman semakin banyak perkara tentang hari kiamat yang tidak berdasarkan al-Quran dan Hadis dipopular dan dimanipulasikan. Ia menjadi FITNAH yang sengaja direka malah kita sendiri mungkin turut menyebarkannya melalui Facebook, Whatapps, Wechat dsb. 

Beberapa persoalan pokok atau dasar tentang Islam atau dengan bahasa mudahnya disebut sebagai rukun agama.

Di antara rukun agama ialah yang berkaitan dengan rukun Islam, rukun Iman, Ihsan dan persoalan tentang hari Kiamat berdasarkan hadis Rasulullah SAW :

حَدَّثَنِي أَبِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعَرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ، وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنِ الْإِسْلَامِ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا»، قَالَ: صَدَقْتَ، قَالَ: فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ، وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِيمَانِ، قَالَ: «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلَائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ»، قَالَ : صَدَقْتَ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ الْإِحْسَانِ، قَالَ: «أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ»، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: «مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ» قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا، قَالَ: «أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ»، قَالَ: ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ لِي: «يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟» قُلْتُ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: «فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ»

Diceritakan kepada kami oleh ayahku Umar bin Khattab RA bahawa suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasulullah SAW. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”
Rasulullah SAW menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak disembah melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan shalat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,” maka kami hairan, ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya.
Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang Iman”.
Nabi menjawab,”Iman adalah, engkau beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”
Dia bertanya lagi: “Beritahukan kepadaku tentang ihsan”.
Nabi SAW menjawab,”Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.”
”Ia berkata, “Engkau benar.”
Lelaki itu berkata lagi : “Beritahukan kepadaku bila terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab,”Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi : “Beritahu kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab,”Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing telah saling berlumba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai, Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”
Aku menjawab,”Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda,”Dia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian.” [Riwayat Muslim]

Oleh yang demikian, kita sepatutnya bukan hanya menumpukan kepada rukun Islam, rukun Iman dan Ihsan sahaja, tetapi juga patut tahu dan mendalami ilmu tentang akhirat sedalam-dalamnya supaya dapat memahami dan menceritakan segala perkara yang akan berlaku di akhir zaman sehinggalah hari kiamat.

Walaupun, persoalan hari kiamat ini sudah termasuk dalam kategori rukun Iman, tetapi ia sekadar mengetahui tentang persoalan samaiiat (perkara ghaib) tetapi tidak tahu secara detail seperti hanya dapat menyebut tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar hari kiamat secara ringkas sahaja tanpa pembahasan yang detail. Sebagai contoh yang mudah, kita hanya percaya tentang kedatangan Dajjal tapi tidak tahu secara detail berkaitan dengan Dajjal  seperti tanda-tanda kedatangan Dajjal, siapa pengikutnya, di mana dia muncul, malah persoalan siapa sebenarnya Dajjal ini. Adakah dia bermata satu seperti cerita orang tua-tua dulu ketika kita masih kanak-kanak.

Begitu juga tentang persoalan Imam Mahdi. Dari zaman dahulu lagi ramai orang mengaku sebagai Imam Mahdi. Siapakah Imam Mahdi yang sebenar ? Adakah kita sudah tertipu dan akan tertipu lagi ….. 

Jadi, persoalan seperti di atas, perlu kepada kita tahu sedetail-detailnya supaya kita lebih bersedia dan tidak tertipu oleh dakyah dan cerita-cerita yang menyimpang dari kisah sebenar kerana ia melibatkan soal aqidah !

Kalau kita teliti, barat khususnya Yahudi dan kristian selalu dan akan sentiasa cuba untuk memesongkan aqidah kita melalui media massa mereka khususnya filem-filem box office Holywood seperti filem Armageddon, Lord of Ring, Day After, 2012 dan sebagainya.

Sebagai contoh, filem 2012, menceritakan tentang peristiwa huru-hara kiamat. Filem ini diakui amat hebat dan real tetapi yang cuba disembunyikan ialah jika kena gayanya, kita boleh selamat dari peristiwa tersebut walaupun hanya dengan sebuah van dan kapal terbang buruk !! Begitu juga dengan filem Armageddon diceritakan tentang kejadian meteor/komet  yang menghentam bumi menyebabkan kiamat berlaku… juga real dan ramai org percaya peristiwa tersebut.. Tapi TAHUKAH ANDA APAKAH Armageddon itu ?? Sebenarnya, Armageddon adalah peperangan di antara Yahudi dan Islam …. Inilah persoalan sebenar yang cuba dipesongkan.. rujuk di sini 

Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya kita mengetahui secara detail tentang hari kiamat.Jadi, kena belajar tentang peristiwa hari kiamat ….. Supaya kita lebih bersedia dan tidak menyesal di kemudian hari sebelum matahari terbit dari barat… apa tanda-tandanya… Tahukah Anda !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 2 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Orang Islam Menemui Amerika Lebih Awal dari Chris... Ramai pengkaji sejarah menegaskan bahawa orang-orang Islam telah tiba di Amerika Utara sebelum kedatangan Cristoper Columbus, tidak kurang 500 tahun l...
Sahur BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai...
Bersuci Bahasa : Membersihkan sesuatu dari sebarang kotoran Istilah : Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada sebarang hadas, najis dan kotoran. H...
Kisah Ashabul Rass   وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا (38) Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta ...
Hukum Taklifi Hukum Taklifi mengandungi 5 hukum iaitu 1.Wajib 2. Haram 3. Makruh 4. Harus 5. Sunat   WAJIB ( Iijab) ialah tuntutan syarak ke atas muk...
Hati dan Penglihatan يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ (37)                 Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan pengli...
Solat Jumaat Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fard...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »