Israk & Mikraj – Kerajaan Allah yang teramat luas

Israk & Mikraj adalah perjalanan Rasulullah SAW menuju kepada kerajaan Allah SWT. Allah SWT telah menjemput Rasulullah SAW mengadapNya di Sidratul Muntaha. Jadi Rasulullah SAW secara tidak langsung merupakan tetamu kehormat kerajaan Allah di langit.

Sepertimana di dunia ini, apabila seseorang itu menjadi tetamu sesebuah kerajaan, dia akan disediakan kenderaan yang terbaik, tempat tinggal yang selayaknya, pengiring yang terbaik  dan layanan yang paling terbaik.

Begitu juga dengan Rasulullah SAW telah disediakan kenderaan yang terbaik, malah terpantas di dunia iaitu Buraq dan diiringi oleh ketua segala malaikat iaitu Malaikat Jibril. Layanan yang Rasulullah SAW terima adalah yang terbaik dan tercanggih melebihi apa yang boleh disediakan oleh mana-mana kerajaaan di muka bumi dewasa ini.

Menjadi kelaziman, apabila seorang tetamu kerajaan/negara datang bertamu, maka dia akan dibawa ke bilik gerakan, diterangkan tentang projek, kehebatan dan semua perancangan yang telah, sedang dan akan dijalankan oleh kerajaan tersebut kepada tetamu negara tadi.

Begitulah juga yang terjadi kepada Rasulullah SAW, ditemani oleh Malaikat Jibril sebagai pengiring rasmi, Rasulullah ditujukkan tentang kerajaan Allah SWT, kehebatannya, kebesarannya dsb.

Ditunjukkan tentang alam musyahadah (alam nyata) dan alam ghaib spt syurga neraka, alam barzakh, alam malaikat, para nabi-nabi, ditunjukkan orang yang baik serta kesudahannya, ditunjukkan orang yang jahat dan kesudahannya, dibentangkan kebesarannya, alam yang luas sejauh mata memandang.  Semua ini ditunjukkan kepada Rasulullah SAW sebgagai tetamu kerajaan Allah secara live bukannya dalam sebuah bilik gerakan yang sempit… menunujukkan betapa besar  dan hebatnya kerajaan Allah SWT .

Kemudian di bawa ke 7 petala langit yang belum pernah dilihat oleh manusia apatah lagi nak diterokai. Sedangakan planet-planet di langit duniapun belum diterokai pada masa itu dan tidak diketahui hakikatnya melainkan sebagai petunjuk untuk perjalanan di bumi. Sedangkan di sana terdapat banyak planet di alam semester (langit dunia) yang belum dapat diterokai oleh manusia, inikan pula ke langit yang seterusnya.

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ (5)

Sesungguhnya kami telah hiasi langit dunia dengan lmpu-lampu (bulan/bintang/meteor dsb). Kami jadikannya sebagai pemanah kepada syaitan-syaitan (yang ingin mencuri rahsia langit ) dan kami sediakan kepada mereka azab neraka. ayat 5 Surah al-Mulk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 20 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Infaq Masjid SUMBANGAN/DERMA/WAKAF PEMBINAAN MASJID عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ ...
Umar bin al-Khattab ra Umar Al-Faruq Biodata Nama sebenar  : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b  Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab Nama Ibu     ...
Sungai Eurafat menjadi kering dan munculnya gunung... "inilah di antara sebab tentera Amerika tidak akan keluar dari Iraq atau Timur Tengah dengan mencipta berbagai alasan dan janji" لاَ تَقُومُ السّ...
Munculnya Dajjal لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ “Dajjal tidak akan muncul ...
Hadis Dhaif HADIS DHAIF ialah satu hadis yang tidak memenuhi satu @ lebih drp syarat-syarat hadis maqbul (diterima) iaitu HADIS SAHIH DAN HADIS HASAN.  Contoh ...
Kisah Dermawan  tersalah Sedekah عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم - قَالَ « قَالَ رَجُلٌ لأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ . فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ ...
Uzair Pada suatu hari ketika 'Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk mem...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »