PADA zaman dahulu ketika Nabi Sulaiman memerintah, hiduplah sepasang burung wirsanah di atas sebatang pokok besar kepunyaan seorang peladang. Pasangan burung itu hidup dalam aman dan sentosa. Setiap hari pasangan burung itu bergembira. Apabila fajar menyingsing berkicauanlah kedua-dua pasangan burung wirsanah itu. Kegembiraan mereka semakin bersemarak apabila masa bertelur telah tiba. Mereka bersyukur kepada Tuhan kerana tidak lama lagi telur-telur akan menetas dan lahirlah anak-anak yang mereka nanti-nantikan.

Tiba-tiba kebahagiaan hidup mereka berdua terganggu apabila tuan punya ladang yang terdiri dan sepasang suami isteri datang ke kebun mereka. Dan berkata si isteri kepada suaminya Kanda….!, lihatlah di atas pokok itu ada sarang burung. Ambillah kanda, rayu isteri peladang itu. “Nanti bolehlah kita hadiahkan burung-burung itu kepada anak-anak kita di rumah, tambah isteri peladang itu lagi.

Mendengar kata-kata isterinya itu lantas suaminya terus memanjat pokok itu untuk mangambil anak-anak burung wirsanah yang kedengaran mencuit-cuit kerana baru menetas. Sebaik saja dia (suami) itu sampai ke tempat sarang burung wirsanah itu, diapun terus mengambil anak-anak bunung itu tanpa rasa belas kasihan.

Kedua pasang burung wirsanah itu menangis setelah anak mereka diambil oleh peladang itu. “Apakah yang harus kita lakukan kanda, kata burung wirsanah betina sambil terisak-isak. “Kanda marilah kita pergi mengadu kepada Nabi Sulaiman akan hal ini, bukankah dia raja kita juga.

Pada esok harinya pagi-pagi lagi kedua pasang wirsanah itu pun pergi mengadap Nabi Sulaiman mengadukan penistiwa yang telah mereka alami semalam. Mendengar cenita kedua ekor burung itu, Nabi Sulaiman turut berasa sedih dan bersimpati. Kemudian Nabi Sulaiman pun memenintahkan peladang itu mengadap baginda.

“Hai peladang! mengapakah kamu ganggu burung ini. Bukankah perbuatan kamu itu telah membuat makhluk menjadi sengsara, tegas Nabi Sulaiman sebaik saja peladang itu mengadap. Peladang itu hanya menundukkan kepala kerana tidak berani menjawab.

“Sekanang kamu harus berjanji bahawa kamu tidak akan mengganggu burung-burung wirsanah lagi. Jika kamu ulangi perbuatan mu itu nescaya saya akan hukum kamu dengan seberat-beratnya, Faham!, bentak Nabi Sulaiman keras.

Kira-kira setahun kemudian burung wirsanah itu bertelur lagi. Seperti biasa pagi-pagi lagi kedua peladang itu tiba di kebun mereka. Sebaik saja mereka menjejak kaki ke kawasan itu mereka mendengar bunyi suara anak-anak burung wirsanah itu mencuit-cuit, lantas si isteri peladang itu mendongak ke atas dan berkata kepada suaminya.

“Kanda.. .rupa-nupanya kita beruntung lagi kerana burung itu beranak lagi, ambillah kanda, seru isterinya. “Tidak adinda! kekanda telah berjanji dan bersumpah yang kanda tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Kalau kanda ingkar pasti Nabi Sulaiman akan menghukum kanda. “Janganlah kanda khuatir, saya percaya Nabi Sulaiman tidak akan ingat lagi akan perkara itu, kerana dia sibuk menguruskan hal-hal negara. Tak mungkin baginda akan memikirkan hal-hal yang sebegini kecil, pujuk isterinya.

Mendengar pujukan isterinya dia terlupa akan sumpah yang telah dilafazkan dahulu. Lantas dia pun terus memanjat dan mengambil anak-anak bunung wirsanah itu. Isterinya amat gembira kerana suaminya sudi mengambil anak-anak burung itu untuk dihadiahkan kepada anak-anaknya. Melihatkan anak-anaknya diambil oleh peladang itu, burung wirsanah tidak dapat menahan perasaan sedih lalu dia menangis tidak henti-henti, kerana kejadian kedua yang telah mereka alami.

“Wahai kekanda, marilah kita mengadu lagi kepada Nabi Sulaiman. Kita minta keadilan dari baginda., sehingga peladang itu menerima hukuman sesuai dengan sumpahnya dahulu.

Sebaik saja fajar menyingsing maka awal-awal lagi kedua pasang burung wirsanah itu terbang ke tempat Nabi Sulaiman untuk mengadukan hal. Setelah perkara itu diadukan, Nabi Sulaiman berasa terkejut kerana peladang itu telah mempermainkan janji-janjinya.

“Hai jin! Aku tugaskan kamu berdua untuk menjaga burung wirsanah jika meneka beranak nanti. Awasilah peladang itu. Jika dia cuba mengambil anak burung winsanah itu, tangkap dan lemparkan separuh badannya ke sebelah selatan dan separuh lagi ke sebelah utara, titah Nabi Sulaiman kepada jin. Baik tuan, jawab jin.

Selang beberapa bulan kemudian burung wirsanah itu beranak lagi, tapi kali in pasangan burung itu berasa lega kenana ada jin yang mengawasi mereka. Seperti biasa pada setiap pagi kedua peladang itu datang ke kebun mereka. Dan atas pokok kedenganan anak-anak burung wirsanah mencuit-cuit manja.

“Kanda! Lihatlah bunting itu beranak lagi, kata isterinya keriangan. “Bukankah sudah saya katakan bahawa Nabi Sulaiman sudah terlupa akan janji kekanda, ambillah lagi kekanda, perintah isterinya.

Tanpa berfikir panjang suaminya terus memanjat pokok itu untuk mengambil anak-anak burung itu. Pada masa itu kedua-dua jin itu telah bersedia hendak menangkap peladang itu sebagaimana yang telah diamanahkan. Sebaik saja peladang itu tiba di pertengahan pokok, tiba-tiba dia terdengar bunyi suara orang mengemis meminta makanan, lantas peladang itu merenung ke bawah dan memanggil isterinya supaya memberikan apa saja makanan untuk pengemis itu.

Isteninya pulang ke rumah untuk mencari sebarang makanan untuk diberikan kepada pengemis itu malangnya si isteri tidak menemui sebarang makanan. Lalu dia pun kembali menemui suaminya dan memberitahu keadaan yang sebenamya.

“Sebenarnya pada masa tuan punya ladang itu sedang memanjat pokok itu untuk mengambil anak burung tiba-tiba kedenganan bunyi suana peminta sedekah meminta makanan. Isteri peladang itu tidak dapat memberi pengemis itu makanan, lantas suami kepada isteri itu turun dan pokok tersebut dan telah pergi mencari makanan, akhirnya dia berjaya mendapatkan roti lalu diberikan kepada pengemis itu. Setelah itu dia memanjat semula ke atas pokok itu dan disaat itu hamba berdua hendak menangkapnya tiba-tiba dua malaikat telah menangkap kami berdua dari belakang, jelas kedua jin itu.

Sebaik saja mendengar penjelasan jin itu maka fahamlah Nabi Sulaiman bahawa orang yang bersedekah itu boleh terhindar daripada bala bencana sebagaimana peladang itu tadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 1 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Umar bin al-Khattab ra Umar Al-Faruq Biodata Nama sebenar  : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b  Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab Nama Ibu     ...
Dua laut tidak bercampur مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ (19) بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ (20) "Dia membiarkan dua lautan mengalir dan keduanya akan bertemu, a...
Hadis Dhaif HADIS DHAIF ialah satu hadis yang tidak memenuhi satu @ lebih drp syarat-syarat hadis maqbul (diterima) iaitu HADIS SAHIH DAN HADIS HASAN.  Contoh ...
Nabi Isa tidak pernah mendakwa kebenaran konsep D... Tiada agama di dunia luar agama Kristian menjadikan ia satu ibadah untuk penganutnya untuk mempercayai, kasih sayang dan hounour Yesus kecuali Islam. ...
Dakwaan-dakwaan sebagai al-Mahdi Hadits-hadits Rasulullah SAW tidak menerangkan secara jelas siapakah sebenarnya Al-Mahdi, maka ramai yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang dinan...
Hujan berulang-ulang Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur’an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Z...
Gambar Makam Rasulullah Kita banyak melihat gambar makam Rasulullah SAW di dalam media masa termasuklah internet dan media sosial yang menunjukkan bahawa gambar-gambar beriku...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »