Kebumikan Jenazah di tempat dia meninggal

روى الإمام أحمد والنسائي وابن ماجه من عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : مات رجل بالمدينة ممن وُلِد بها ، فصلى عليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ثم قال : يا ليته مات بغير مولده قالوا : ولم ذاك يا رسول الله ؟ قال : إن الرجل إذا مات بغير مولده قيس له من مولده إلى منقطع أثره في الجنة .

Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr RA telah berkata :

“Seorang lelaki kelahiran kota Madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah SAW telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
“Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
“Kenapa begitu ya Rasulullah ? “.
Baginda bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan (ganjaran pahala sejauh) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.  (HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul-betul kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana  kehendak waris yang mahu mayat itu dibawa pulang.

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh-sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari taman2 Syurga atau salah satu dari lubang neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum dan perintah Allah. Orang Islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan di mana-mana sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana-mana sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 16 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Sungai di dasar laut bukti kebenaran al-Quran Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV "Discovery" pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli ...
Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah Sultan Nuruddin Zangki, seorang Kurdi adalah seorang yang adil,wara' dan bertaqwa sehingga digelar Malikul Adil (Raja yang adil) kerana keadilannya. ...
Kisah Nabi Musa dengan seorang nenek 3523 - حَدَّثَنَا أَبُو الْحَسَنِ عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عُقْبَةَ الشَّيْبَانِيُّ بِالْكُوفَةِ، ثنا إِبْرَاهِيمُ بْنُ إِسْحَاقَ الزُّهْرِيُّ، ثنا...
Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis Dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali menyebut bahawa nama Iblis itu disebut Al-Abid (ahli ibadah)pada langit yang pertama. Pada langit yang ked...
Hadith Mutawatir Dari segi bahasa al Mutawātir adalah Ism al Fā’il daripada al Tawātur yang bermaksud yang berturut-turut. Dari segi istilah pula, hadith mutawati...
Sihir Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan syaitan atau jin. Jin d...
Zikir Pagi أصْبَحْنا على فِطرة الإسلام وكلِمة الإخلاص , ودين نبينا محمد صلى الله عليه وسلم , ومِلَّةِ أبينا إبراهيم , حنيفاً مسلماً , وما كان من المشركين . رضيت...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »