Keistimewaan kalimah سُبْحَانَ اللَّهِ

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Ibnu Abbas berkata : “Ketika Allah SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya, lalu malaikat cuba memikulnya dan terasa amat berat. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca‘SUBHANULLAH’, sebaik sahaja malaikat membacanya maka ia terasa ringan memikul Arsy dan mereka membaca selama-lamanya.

“Apabila Allah menjadikan Adam AS, yang mula-mula keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan Adam membaca ALHAMDULILLAH, sebaik sahaja Adam membacanya, lalu Allah SWT menjawab : ‘YARHAMUKA RABBUKA’ (kerana rahmat itulah aku menjadikan engkau).

Kemudian malaikat berkata : “Inilah kalimah yang mulia dan baik, tidak sepatutnya kami abaikan. Maka digabungkan dengan perkataan pertama tadi dan mereka membaca : ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH’

Mereka membaca demikian sehinggalah Allah mengutuskan nabi Nuh AS disebabkan kaum nabi Nuh adalah kaum pertama yang menyembah berhala. Lalu Allah mewahyukan kepada nabi nuh supaya umatnya membaca : LAA ILLAHA ILLAH bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Lalu malaikat berkata : “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik dan tidak patut kami abaikan. Maka malaikatpun mengabungkannya dengan kalimah yang dua lalu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH’

Para malaikat terus mengamalkan kalimah tersebut sehingga Allah SWT mengutuskan nabi Ibrahim AS. Allah yang telah memerintahkan nabi Ibrahim mengorbankan anaknya telah menukarkannya dengan seekor kambing menyebabkan Ibrahim merasa teramat gembira kerana anaknya, Ismail telah diselamatkan oleh Allah, lalu terkeluarlah dari mulutnya kalimah ALLAHU AKBAR.

Lalu para malaikat berkata : Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Lalu mereka mengabungkannya dengan kalimah-kalimah di atas menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR’

Kemudian malaikat Jibril menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah SAW, lalu baginda kagum dan terucaplah perkataan LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM

Kemudian Jibril berkata : “Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi ‘SUBHANULLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILLAHA ILLAH WALLAHU AKBAR LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYIL AZIEM 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 6 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Hadis Marfu’, Mauquf dan Mursal Hadis Marfu’ Dari segi bahasa, Marfu’ ialah diangkat. Dari segi istilah : Hadis disandarkan kpd Rasulullah  sama ada perkataan, perbuatan, pengak...
Gambaran ketinggian Nabi Adam إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِ...
Kaum Nabi Nuh – kaum yang dibinasakan Menurut sejarah, kapal nabi Nuh ini telah ditemui oleh seorang gembala kambing bernama Rasyid Sarhan di puncak Bukit Judi, Turki pada Mei 1948. Beliau...
Perang Armageddon Kita telah ditipu oleh media massa melaui filem ARMAGEDDON yang mengisahkan tentang kejadian kiamat kerana hentaman komet. Tapi... sebenarnya Armage...
Semua makhluk mengenali Rasulullah SAW عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَال جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بِمَ أَعْرِفُ أَنَّكَ نَبِيٌّ قَالَ إِنْ د...
Selamat Hari Raya HARI RAYA AIDIL FITRI ADALAH PERAYAAN KERANA KITA TELAH BERJAYA MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN ZAKAT FITRAH... AIDIL FITRI ADALAH IBADAH !!! JANGAN ...
Kristus dalam Islam oleh Ahmed Deedat BAB 1: BALASAN MUSLIM CHRISTIAN TV Perbahasan ON Pada akhir perbahasan - "agama Kristian dan Islam" - yang muncul di program SABC-TV "CROSS (+) SO...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »