Kisah Ashabul Rass

 

وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا (38)

Dan (demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta Ashaabur-Rass dan banyak lagi dalam zaman-zaman di antara masa yang tersebut itu. ayat 38 Surah al-Furqan

كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ (12)

Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu kaum Nabi Nuh dan “Ashaabur-Rassi” serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing. ayat 12 Surah Qaf

Rass secara harfiah adalah telaga yang dipenuhi batu. Mereka adalah para penyembah pohon Shanubar yang disebut pula Shahdarkht. Pohon ini ditanam oleh Yafits bin Nuh di bibir sebuah mata air yang disebut Rusyanaab.

Mereka dinamakan demikian (Ashabul Al-Ras) kerana mereka telah membenamkan nabi mereka ke dalam telaga. Nabi yang dibenamkan itu adalah nabi setelah Nabi Sulaiman.

وَعَادًا وَثَمُودَ وَأَصْحَابَ الرَّسِّ وَقُرُونًا بَيْنَ ذَلِكَ كَثِيرًا (38) وَكُلًّا ضَرَبْنَا لَهُ الْأَمْثَالَ وَكُلًّا تَبَّرْنَا تَتْبِيرًا (39)

“Dan (Kami binasakan) kaum ‘Ad dan Samud serta penduduk Rass dan banyak (lagi) generasi-generasi diantara kaum-kaum tersebut. Dan Kami jadikan bagi masing-masing mereka perumpamaan dan masing-masing mereka itu benar-benar telah Kami binasakan dengan sehancur-hancurnya”. (Al-Furqan  : 38-39).

Sebagaiman yang dikatakan oleh Ibnu Abbas r.a: “Rass ialah satu telaga yang berada di Negara Azerbajin”. Dan penduduk Rass adalah ahli Qaryah dari salah satu perkampungan Tsamud”. Rass adalah telaga yang sudah kering airnya, kemudian dijadikan nama suatu kaum yaitu kaum Rass. Mereka menyembah patung, lalu Allah mengutus Nabi Syu’aib a.s kepada mereka.

Abu Bakar Muhammad bin Al-Hasan Al-Naqqasy telah berkata: “Penduduk Rass mempunyai sebuah telaga yang member minum kepada mereka dan menyuburkan tanah-tanah mereka. Dan mempunyai seorang raja yang adil dan baik akhlaknya sehingga ketika raja itu mati, mereka semua sangat menyayanginya. Selepas beberapa hari berlalu maka ada syaitan menyamar sebagai raja tersebut di hadapan mereka dengan mengatakan, “Aku belum mati lagi, akan tetapi aku tidak dapat dilihat oleh kamu semua sehingga aku lihat Raja kamu (dengan maksud dibuatkan patung yang berupa raja tersebut).”

Maka, penduduk Rass gembira dengan berita itu dengan diadakan dinding di antara mereka dengan patung itu untuk berinteraksi dengan raja itu pada sangkaan mereka (seperti yang dikehendaki oleh syaitan), dan dikatakan kepada mereka bahwa tidak akan mati untuk selama-lamanya. Oleh kerana itu, penduduk Rass sangat gembira kerana raja mereka masih hidup dan ada bersama-sama dengan mereka, sehingga mereka mengadakan korban dan menyembah patung itu.

Lalu, Allah mengutuskan seorang rasul untuk memberitahu kepada mereka bahwa ada syaitan yang menyamar di balik patung tersebut, melarang mereka untuk menyembah kepada patung tersebut dan menyuruh mereka kembali menyembah Allah yang Maha Esa.

Lalu nabi ini dimusuhi, dibunuh, dan dibuang jasadnya ke dalam telaga. Maka air telaga itu berubah menjadi tidak seindah seperti dulu; mematikan tanaman-tanaman mereka, makin diminum airnya makin haus, pokok-pokok tidak berbuah dan rumah mereka menjadi rosak jika terkena air telaga itu. Sehingga bangsa ini musnah sedikit demi sedikit dan tempat tinggal itu dihuni oleh jin dan binatang-binatang liar.

Mereka adalah satu kaum yang kaya yang mempunyai banyak telaga dan pelbagai binatang ternek. Tetapi mereka tergolong dari kaum yang menyembah patung. Kemudian, Allah mengutuskan kepada mereka rasul, lalu mereka mendustakan rasul tersebut. Mereka duduk di sekitar telaga-telaga tersebut sambil dibinasakan. Ibnu Jarir memilih untuk mengatakan mereka adalah Ashab Al-Ukhdud sebagaimana yang tercatat dalam surah Al Buruj.

Kisah ini mengenalkan kita tentang kisah-kisah yang disebut dalam Al-Quran. Banyak umat-umat yang terdahulu telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka menyekutukan Allah dalam ibadah dan akidah mereka dengan cara menyembah patung-patung dan tidak mempercayai akan risalah-risalah dan dakwah yang dibawa oleh rasul-rasul utusan Allah.

Translate:

Related Post

Langit dan bumi asalnya bercantum – Teori Bi... Satu ayat lagi tentang penciptaan langit adalah sebagaimana berikut:  أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْق...
Kedudukan undang-undang Islam dalam perlembagaan oleh  Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood   LATAR BELAKANG SEJARAH Raja dan rakyat negerl Melaka mula memeluk agama Islam pada awal abad ke-15 Masihi. Bu...
Janji Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelaka...
Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah Sultan Nuruddin Zangki, seorang Kurdi adalah seorang yang adil,wara' dan bertaqwa sehingga digelar Malikul Adil (Raja yang adil) kerana keadilannya. ...
Qurban Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tuj...
Adab Doa   1. Ikhlas semata-mata kerana Allah SWT 2. Memulakan doa dgn tahmid dan syukur memuji Allah kemudian berselawat kepada Rasulullah SAW 3. Khusuk ke...
Musuh-musuh utama Rasulullah SAW 3 Ukbah bin Abu Muit (عقبة بن أبي مُعَيط) وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيل...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »