Malaikat maut dengan seorang raja

Wahab bin Munabbih telah mennceritakan : “Ada seorang raja hendak pergi menjelajah ke sebuah tempat, lalu dia meminta pakaian yang cantik-cantik. Setelah mencuba berbagai pakaian tetapi beliau tetap tidak puas hati, akhirnya beliau memakai pakaian yang paling baik. Hal yang serupa turut terjadi apabila beliau berkehendakkan kenderaan yang terbaik. Maka beliau akhirnya memakai pakaian dan kenderaan yang terbaik sekali”

Setelah berpuashati dengan pakaian dan kenderaannya, maka datanglah Iblis menghembuskan lubang hidungnya dengan ‘virus’ sombong. Maka beliau menjadi cukup sombong.

Kemudian datang seorang lelaki memberi salam tetapi tidak dijawabnya salam tersebut kerana sombongnya. Lalu lelaki tersebut memegang tali kuda yang dinaiki oleh raja tersebut. Oleh kerana lelaki tersebut memegang tali kuda dengan kuat lalu raja tadi dengan marahnya berkata : “Lepaskan tali kuda ini, engkau telah melampau”

Lalu lelaki itu berkata : “Aku ada keperluan yang hendak aku sampaikan kepadamu sekarang”

Jawab raja : “Sabar, biar aku turun dulu dari kuda ini”

Lelaki itu berkata lagi : “Tidak, aku hendak sampaikan sekarang juga”

Lelaki itu tetap berkeras sehingga raja mengalah dan berkata : “Katakan apakah keperluan yang engkau hendak ?”

Seterusnya elaki itu berkata : “Ini adalah rahsia”

Maka rajapun mendekatkan telinganya kepada lelaki tersebut dan lelaki tersebutpun berkata : “Aku adalah malaikat maut”

Apabila terdengar sahaja kata-kata lelaki itu gementarlah seluruh anggota raja dan berkata : “Wahai malaikat maut, tinggallah aku buat setika kerana aku hendak kembali kepada keluargaku dan aku berjanji akan kembali setelah aku melihat mereka”

Malaikat maut berkata : “Tidak ! Demi Allah, engkau tidak akan dapat melihat keluargamu dan kelengkapan perjalananmu buat selama-lamanya”

Lalu malaikat mautpun mengambil nyawa raja tersebut dan jatuhlah raja itu dari kudanya serta merta dan menjadi mayat………

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 5 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Kenali Tukang Sihir Tukang Sihir akan menggunkan khidmat Jin melalui 1. Bersumpah atas nama Jin atau Syaitan 2. Sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah SWT, tetap...
Solat Jumaat Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fard...
Bukti Saintifik Bulan Terbelah Dua Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit ...
Sumbangan tokoh-tokoh Islam kepada tamadun dunia AHLI SAINS, MATEMATIK DAN ASTRONOMI ISLAM   Tokoh Bidang Buku Terjemahan Latin/English/French/German Tempat lahir/tempoh Jabir Ib...
Orang Islam Menemui Amerika Lebih Awal dari Chris... Ramai pengkaji sejarah menegaskan bahawa orang-orang Islam telah tiba di Amerika Utara sebelum kedatangan Cristoper Columbus, tidak kurang 500 tahun l...
19 Questions for Christian – Ahmad Deedat CONTENTS Congratulations 1. Did Jesus ever claim to be Lord? 2. How many Jesuses are there in the Bible? 3. Is 1+1+1=1, or 1=1+1+1? 10 4. Who was...
Dajjal Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi ...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »