Matahari terbit dari barat

Matahari terbit dari barat adalah di antara tanda-tanda besar hari kiamat.

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ (158)

Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: “Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)”. Surah al-An’am ayat 158.

لَنْ تَكُونَ – أَوْ لَنْ تَقُومَ – السَّاعَةُ حَتَّى يَكُونَ قَبْلَهَا عَشْرُ آيَاتٍ: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَخُرُوجُ الدَّابَّةِ، وَخُرُوجُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَالدَّجَّالُ، وَعِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ، وَالدُّخَانُ، وَثَلَاثَةُ خُسُوفٍ، خَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ، وَخَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ، وَآخِرُ ذَلِكَ تَخْرُجُ نَارٌ مِنَ الْيَمَنِ، مِنْ قَعْرِ عَدَنٍ، تَسُوقُ النَّاسَ إِلَى الْمَحْشَرِ 

Tidak akan berlakunya atau tidak akan terjadi kiamat melainkan telah berlakunya 10 perkara ; Terbitnya matahari dari sebelah barat, keluarnya binatang dari bumi (dabbah), keluarnya Dajjal, keluarnya Yakjuj dan Makjuj, turunnya nabi Isya bin Maryam, keluarnya asap, 3 gempa ; di barat, timur dan di semenanjung tanah arab, akhir sekali keluarnya api dari Yaman yng menghalau manusia ke Mahsyar. Riwayat Abu Daud.

Namun, sebelum terbitnya matahari dari barat, ia akan didahului oleh waktu malam yang sangat panjang, hingga disebutkan bahawa seorang muslim telah mengerjakan solat malam hingga letih dan telah tidur hingga puas, namun subuh belum juga menjelang. Malam tersebut bersamaan dengan 2 atau 3 malam yang biasa kita lalui. Ini memberi peluang kepada setiap umat islam untuk beramal dengan sebanyak-banyaknya atau setidak-tidaknya bertaubat kerana apabila esok menjelang, matahari akan  terbit dari barat dan pintu taubat tertutup…. kemudian pada hari seterusnya matahari akan terbit dari arah timur macam biasa.  (Fathul Bari, Kitabur Riqaq juz II)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ وَرَآهَا النَّاسُ آمَنُوا أَجْمَعُونَ، وَذَلِكَ حِينَ لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا ب

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Tidak akan terjadinya kiamat sehinggalah matahari terbit dari barat, ketika ia terbit manusia semuanya beriman, dan ketika itu keimanan (baru beriman) tidak bermanfaat kepada seseorang. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا طَلَعَتْ وَرَآهَا النَّاسُ آمَنَ مَنْ عَلَيْهَا، فَذَلِكَ حِينَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا، لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ

Dari Abu Hurairah RA beliau mendengar rasulullah SAW bersabda : “Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila manusia telah melihatnya (terbit dari barat), maka berimanlah seluruh penduduk bumi. Tetapi pada saat itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya, yang sebelumnya tidak beriman.” Riwayat Bukhari  dan Ibnu Majah.

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ

Dari ABu Hurairah RA Rasulullah SAW telah bersabda : 3 perkara jika ia telah muncul, maka tidak bermanfaat keimanan seseorang atau imannya bertambah baik iaitu terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan munculnya Dabbatul Ardh (binatang). Hadis riwayat Muslim dan Tarmizi

Kiamat Versi Nasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 11 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Sahur BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai...
Gambaran ketinggian Nabi Adam إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِ...
Iblis menguji nabi Zulkifli BASYAR ialah nama sebenar Nabi Zulkifli dan beliau adalah anak kepada Nabi Ayub as. Pada suatu hari raja bagi kaum negeri yang diduduki oleh Basyar i...
Aqiqah Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran   kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.     ...
Konsep ketuhanan dalam agama Hindu  oleh Dr Zakir Naik Yang paling popular di kalangan agama-agama Aryan adalah agama Hindu. 'Hindu' sebenarnya adalah satu perkataan Parsi yang berma...
90 Verses says : Jesus is not GOD https://www.islamreligion.com/articles/10454/90-verses-says/ All four Gospels record Jesus as saying, “Blessed are the peace-makers; they will be cal...
Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat الأمور بمق... Kaedah Pertama الأمور بمقاصدها Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat Kaedah pertama daripada kaedah asas yang lima ini adalah amat penting sekali...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »