Pengajaran dari dakwah Nabi Nuh AS

MANUSIA di zaman nabi Adam dan selepas kematian nabi Adam menyembah Allah SWT saja. Manusia di zaman itu juga membuat pelbagai dosa sesuai tarafnya sebagai manusia, tapi tiada yang menyekutukan Allah dengan menyembah berhala atau alam sekitar.

وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُوا وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِنْ رَبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ (19)

“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih” (QS. Yunus : 19).

Allah telah mengutuskan nabi Nuh kepada kaumnya untuk membimbing kaumnya kembali menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukannya. 

Kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama di atas muka bumi ini yang menyembah berhala.

Dalam usaha untuk membawa kembali kaumnya memyembah Allah dan  tidak menyekutukannya, nabi Nuh mendapat tentangan dan penghinaan yang hebat.

Dalam surah Nuh, Allah menjelaskan bagaimana sikap kaumnya tatkala beliau menyampaikan dakwahnya.

 وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا

Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. Nuh : 7

Di antara aksi dan adegan mereka ketika nabi berdakwah adalah seperti berikut :

1. Menyumbatkan telinga
2. Berselubung dengan pakaian masing-masing
3. Degil dan sombong yang melampau-lampau 

Tapi nabi Nuh tetap tabah dan cekal mendakwahkan kaumnya walaupun hampir 1000 tahun sekalipun, sebab itulah nabi Nuh dikategorikan sebagai nabi Ulul Azmi. Kalau kita dengar ceramah dewasa ini.. kita akan terdengar penceramah pun berkata,,, apabila nabi Nuh hilang sabar, maka dia berdoa supaya Allah SWT binasakan kaumnya..nabi Nuh merajuklah…tidak sabarlah.. macam-macam..

Tapi kalaulah kita renung kembali kisah nabi Nuh ini, betapa teramat sabarnya nabi Nuh. Kalau kita.. kalau sedang ceramah sekejap saja.. tiba-tiba orang bising-bising, kita akan rasa marah, silap-silap tinggalkan majlis, sedagkan dua tiga jam ceramah sedangkan nabi Nuh beratus tahun, malah bukan sejam jam dua berdakwah.. tapi siang dan malam. Kita kalau hebat mana pun akan berdakwah siang sahaja, malam boleh rehat dengan keluarga atau malam sahaja siang boleh melancong atau buat kerja lain.

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا (5) فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا (6)

(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
“Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). Nuh : 5-6

Lagipun ketika kita berceramah tu orang tak menyumbat telingapun, paling tidak mereka  akan tidur atau berbual-bual sahaja tidakpun melampau-lampau seperti memperli, mengejek, mencaci maki kita di majlis tersebut. Sedarlah sikit… siapakah kita berbanding dengan dugaan yang diterima oleh nabi Nuh.

 Ingatlah.. ketika nabi Nuh berdoa supaya dimusnahkan kaumnya, Allah tidak musnahkan kaumnya dengan serta merta tapi dalam tempoh lebih kurang 200 tahun selepas doa tersebut.

Dalam kitab tafsir Ibnu Kathir dan Qasas al-Anbiya’ karangan Ibnu Kathir menceritakan bahawa selepas selesai berdoa, Allah SWT memerintahkan nabi Nuh menanam pokok untuk dibuat kapal, setelah 100 tahun, maka matanglah pokok itu dan diperintahkan untuk menebangnya bagi membuat kapal dengan tunjuk ajar malaikat Jibril. Proses membuat kapal pula memakan masa hamper 100 tahun. Lamanya.. sekarang ni hanya beberapa tahun.. timbul pula persoalan nakal.. malaikat Jibril tak reti buat kapal ke ?.. kenapa Allah SWT tidak berfirman Kun Fayakun.. maka jadilah kapal tersebut hanya berapa saat je..

Itulah Maha Bijaksananya Allah SWT.. bukan tak boeh buat begitu.. bairlah orang kafir itu melihat proses tersebut dan boleh memikirkan dengan otak mereka. Bair logik sesuai dengan teknologi pada masa tersebut. Berhala yang tidak boleh bergerak dan tidak boleh bercakap serta tidak boleh buat apa-apapun hatta angkat tangan sendiripun tidak boleh, itupun mereka sembah dan anggap tuhan yang yang boleh mendatangkan manfaat, pertolongan dan mudharat kepada mereka.. inikan kalau kapal itu siap dalam tempoh 1 saat.. lagilah mereka tidak percaya dan menganggap sihir sahaja.

Lgipun, dalam tempoh 100 tahun membuat kapal tersebut, kaumnya mengejek nabi Nuh dengan macam-macam kata.. Gilalah.. buat kapal atas gunung.. patutnya di tepi sungai atau tepi laut, jadi mudah untuk digunakan kelak apabila dah siap.

Pengajaran yang utama yang dtunjukkan dalam proses membuat kapal ini dan doa nabi Nuh ini ialah bahawa kita hendaklah yakin 100% bahawa Allah SWT akan mengkabulkan doa kita ( selagi doa kita tidak termasuk doa yang ditolak oleh Allah) Cuma cepat atau lambatnya berdasarkan kebijaksanaan Allah SWT. Cuba kita renung kembali.. kadang-kadang kita baru perasan bahawa kenapa jadi begini.. tidak disangak-sangka boleh jadi begini begitu.. puas kita memikirnya.. kemudian sebulan kemudian baru kita teringat bahawa semasa kita belajar dulu kita pernah berdoa dalam solat hajat supaya Allah jadikan saya begini..begitu. Ternyata itulah yang berlaku ketika itu sedangkan kita berdoa 20 tahun lepas. Baru Allah makbulkan 20 tahun kemudian sesuai dengan suasana semasa, mungkin kalau Allah makbulkan pada 20 tahun lepas mungkin tidak sesuai dengan kita.. mungkin kita lalai dengan nikmat tersebut dan sebagainya.

Inilah contoh yang paling saya terasa…

Pada awal tahun 80an dulu, kerajaan Arab Saudi telah mengisytiharkan kawasan bermalam di Mina bagi Jemaah haji dari Asia Tenggara adalah Muassim sedangkan Muassim pada masa itu adalah di luar sempadan tanah haram Makkah, Jadi Muasssim itu kws Tanah Halal, bukan dalam kws Tanah Haram Makkah. Saya pada masa itu berada dalam tingkatan X. Isu tersebut menjadi perbahasan hebat ulama zaman tersebut. Maka saya pun berdoa, Ya Allah sekiranya saya mengerjakan haji nanti,, kalau boleh saya tak mahu bermalam di Muassim, biarlah di tempat lain di Mina tersebut tak kiralah kat mana-mana khemah atau bawah jambatanpun.. Alhamdulullah.. Allah Maha Kuasa… bila saya pergi haji awal tahun 200X.. ketika hendak berangkat ke Mina  di dalam bas, diumumkan bahawa kami tidak akan bermalam di Muassim, tapi betul-betul dalam kwsn haram Mina berdekatan dengan tempat melontar. Betul.. sampai di Mina kami ditempatkan kira-kira 100 meter dari tempat melontar.. khemah Jemaah haji Afrika Selatan.. kerana Jemaah Afrika Selatan melakukan Nafar Awal. Kami masuk khemah mereka pada hari kedua dan ketiga .. kena bayar dam … tak apalah..   Tapi saya yang lemah ini.. tidak perasan tentang termakbulnya doa ini.. hanya beberapa tahun kemudian barulah saya sedar itulah Maha Hebat dan Maha Benarnya janji Allah… pasti akan memakbulkan doa…Allahu Akbar… 20 tahun kemudian doamu telah dimakbulkan.  

Jadi. Marilah kita bermuhasabah diri.. betapa banyak doa kita yang Allah telah makbulkan.. ada yang Allah makbulkan dalam tempoh sejam dua, ada dalam 24 jam, ada bertahun dan sebagainya.. Cuma kita je yang tak faham dan tak sedar…Yang penting… janji Allah kepada hambanya yang bertaqwa dan juga tidak ketinggalan kepada janji Allah kepada orang kafir dan maksiat… Ingatlah kesudahan kita di akhirat kelak.. Bertindaklah sekarang..   

Terakhir… kalau nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya siang dan malam atau 24 jam.. bagaimana dengan kita ???

Alhamdulillah.. Allah SWT telah kurniakan kita dengan teknologi yang canggih.. Kita boleh berdakwah 24 jam setiap hari dengan mudah tanpa mengalami pengalaman nabi Nuh. Caranya.. ?

KAN kita ada whatapps…macam-macam media sosial. Facebook, instragram dsb poskan apa-apa yang boleh memanfaatkan manusia.. maka kalau orang baca mereka akan fowardkan kepada org lain pula. Atau hantar video atau artikel islami atau buatlah website/blog masukkan youtube islami pasti akan dibaca dan dimanfaatkan oleh seluruh dunia 24 jam sehari..   Ingat… semua ini pasti akan dibalas balik semua usaha penat lelah oleh Allah.. Semoga   diterima Allah dan kita akan menuainya di kubur dan setelah kita mati nanti serta di akhirat sebagai amal salih kita.. AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 26 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

WAJIB WAJIB ( Iijab) ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (QAT'IE). Sekiranya tidak dilaksanakan...
Bukti jasad para syuhada’ tidak reput Banjir Madinah 2013 - jasad para sahabat nabi timbul masih utuh dan berdarah Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud ...
90 Verses says : Jesus is not GOD https://www.islamreligion.com/articles/10454/90-verses-says/ All four Gospels record Jesus as saying, “Blessed are the peace-makers; they will be cal...
Sejarah dan Konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah Reproduced from a booklet published by Islamic Advancement Department of Malaysia (JAKIM)  Oleh: Muhammad 'Uthman El-Muhammady PENDAHULUAN TAKDIRNYA...
Hukum Wad’ie Hukum Wad'ie ialah Tuntutan Allah yang menjadikan sesuatu sebagai SEBAB, SYARAT dan PENGHALANG (MAANI') kepada sesuatu hukum. Hukum Wadie tidak ber...
Kisah wanita bercakap hanya menggunakan ayat al-Qu... Berkata Abdullah bin Al-Mubarak : Aku pernah keluar menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, dan menziarahi ke makam Rasulullah SAW. Ketika aku berada d...
Kisah Terbunuhnya Kaab bin Asyraf عَنْ سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لِكَعْبِ بْنِ الْأَشْرَفِ فَإِنَّه...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »