Prosuder keluar roh

Disebut dalam sebuah riwayat, jika seorang itu nazak, mulutnya terkunci dan 4 malaikat akan masuk ke dalam jasadnya.  

Malaikat Pertama masuk memberi salam sambil berkata : “Aku adalah yang diserahi rezekimu yang telah aku usahakan dari timur dan barat. Maka aku tidak mendapat sesuap adri rezekimu jika kamu sudah tiba saat untuk mati”  

Malaikat Kedua masuk dengan mengucapkan salam dan berkata : “Akulah yang diserahi minumanmu, dari air atau lainnya. Aku mencari dalam bumi di timur hingga ke barat. Maka tidaklah aku dapati seteguk air untukmu ketika dekatnya saat mati”  

Malaikat Ketiga masuk dan mengucapkan salam lalu berkata : Aku yang diserahi nafas-nafasmu. Aku mencari dari bumi timur dan barat. Maka tidak aku dapati satu nafas dari nafas-nafasmu”.  

Malaikat Keempat masuk dan mengucap salam sambil berkata : “Aku yang diserahi dengan ajalmu, aku mencari di bumi timur dan barat. Maka aku tidak temui bagimu ajal walaupun satu detik.  

Seterusnya Malaikat Katibin masuk dari arah kanan dan kiri. Malaikat sebelah kanan berkata : “Keselamatan bagimu, aku adalah yang diserahi amal kebajikanmu”. Maka keluarlah lembaran yang putih dan diberikan kepadanya seraya berkata : “Lihatlah kepada amalmu” Ketika ini dia rasa gembira dan riang.  

Malaikat sebelah kiri pula berkata :”Keselamatan bagimu, akulah yang diserahi amal kejahatanmu”. Maka keluarlah lembaran yang hitam dan diberikan kepadanya sambil berkata : “Lihatlah kepadanya”. Ketika itu keringatnya mula mengalir….  

Ketika hamba tadi berpusing ke kiri dan ke kanan untuk membaca lembaran, malaikat memegang lembaran dan mencampakkannya ke bantal kemudian ia kembali semula.

Setelah itu datang pula malaikat Maut. Di sebelah kanannya malaikat Rahmat dan malaikat Azab di sebelah kiri. Apabila roh itu sudah sanmpai ke kerongkong, maka malikat Maut mencabutnya. Jika ia termasuk orang bahagia, malaikat Rahmat akan memanggilnya sementara jika termasuk dalam kategori orang yang celaka, ia akan dipanggil oleh malaikat Azab.  

Lalu malaikat membawa roh naik mengadap Allah SWT . Jika ia termasuk dalam golongan yang beruntung, maka Allah berfirman kepadanya : “Kembalilah kamu segera ke jasadmu, sehingga ia melihat apa yang ada pada tubuhnya”.  

Kemudian para malaikat membawa roh tersebut ke dunia, mereka meletakkannya ke tengah rumah. Roh itu melihat siapa yang rasa sedih dan siapa yang tidak.

Seterusnya jenazah diusung ke kubur, Allah memerintahkan roh kembali ke tubuhnya sebagaimana sewaktu berada di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 1 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Kisah Thalut dan Jalut أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّ...
Falsafah Israk Dan Mikraj Rejab datang kembali………… Di bulan Rejab yang mulia ini, telah berlaku satu peristiwa yang amat mengejutkan masyarakat arab jahiliyyah. Gempar…hingg...
Dakwaan-dakwaan sebagai al-Mahdi Hadits-hadits Rasulullah SAW tidak menerangkan secara jelas siapakah sebenarnya Al-Mahdi, maka ramai yang mendakwa dirinya sebagai Al-Mahdi yang dinan...
Al-Quran pembina akhlak mulia AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. ...
Umar bin al-Khattab ra Umar Al-Faruq Biodata Nama sebenar  : Umar b Al-Khattab b Nufail b Abdul Uzza b Ribaah b Abdillah b  Qarth b Razaah b 'Adi b Kaab Nama Ibu     ...
Percanggahan dalam al-Quran ? Soalan: Al-Quran menyebut di beberapa tempat bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal dicipta dalam 6 hari tetapi dalam Surah Fussilat ia m...
Arak “jika sebuku roti yang kita makan telah dicampur dgn walaupun setitik arak…. hukumnya tetap haram” Persoalannya bukan minum/makan dengan banyak...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »