Rom Pasti Menang

Salah satu daripada perkara yang disebutkan dalam al-Quran ialah kemenangan kepada tentera Rom (Empayar Byzantine).

Firman Allah SWT ;

الم (1) غُلِبَتِ الرُّومُ (2) فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ (3) فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ (4)

“Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. Surah Ar-Rum: 1-4.

Ayat-ayat ini diturunkan kira-kira pada tahun 620 Masehi, hampir tujuh tahun setelah kekalahan hebat Bizantium Kristen di tangan bangsa Persia, ketika Bizantium kehilangan Yerusalem. Kemudian diriwayatkan dalam ayat ini bahwa Bizantium dalam waktu dekat akan menang. Padahal, Bizantium waktu itu telah menderita kekalahan sedemikian hebat hingga nampaknya mustahil baginya untuk mempertahankan keberadaannya sekalipun, apalagi merebut kemenangan kembali. Tidak hanya bangsa Persia, tapi juga bangsa Avar, Slavia, dan Lombard menjadi ancaman serius bagi Kekaisaran Bizantium. Bangsa Avar telah datang hingga mencapai sempadan Konstantinopel. Kaisar Bizantium, Heraklius, telah memerintahkan agar emas dan perak yang ada di dalam gereja dilebur dan dijadikan wang untuk membiayai pasukan perang. Banyak gabenor memberontak melawan Kaisar Heraklius dan dan Kekaisaran tersebut berada pada titik keruntuhan. Mesopotamia, Cilicia, Syria, Palestina, Mesir dan Armenia, yang semula dikuasai oleh Bizantium, diserbu oleh bangsa Persia. (Warren Treadgold, A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, 1997, s. 287-299.)

Pendek kata, setiap orang menyangka Kekaisaran Bizantium akan runtuh. Tetapi tepat di waktu seperti itu, ayat pertama Surat Ar Ruum diturunkan dan mengumumkan bahwa Bizantium akan mendapatkan kemenangan dalam beberapa tahun lagi. Kemenangan ini tampak sedemikian mustahil sehingga kaum musyrikin Arab menjadikan ayat ini sebagai bahan cemuhan. Mereka berkeyakinan bahwa kemenangan yang diberitakan Al Qur’an takkan pernah menjadi kenyataan.

Sekitar tujuh tahun setelah diturunkannya ayat pertama Surat Ar Ruum tersebut, pada Disember 627 Masehi, perang penentu antara Kekaisaran Bizantium dan Persia terjadi di Nineveh. Dan kali ini, pasukan Bizantium secara mengejutkan mengalahkan pasukan Persia. Beberapa bulan kemudian, bangsa Persia terpaksa membuat perjanjian dengan Bizantiun, yang mewajibkan mereka untuk mengembalikan wilayah yang mereka ambil dari Bizantium. (Warren Treadgold, A History of the Byzantine State and Society, Stanford University Press, 1997, s. 287-299.)

Akhirnya, “kemenangan bangsa Romawi” yang diumumkan oleh Allah dalam Al Qur’an, secara ajaib menjadi kenyataan.

Salah satu lagi keajaiban yang berlaku ialah tentang fakta geografi yang belum diketahui ketika itu…..

Ayat ke 3, Surah Ar-Ruum menerangkan bahawa tentera Rom akan mencapai kemenangan di lembah yang paling rendah di dunia. Walaupun perkataan ‘Adna Ardh’ (أَدْنَى الْأَرْضِ) diterjemahkan oleh majoriti ahli tafsir sebagai kawasan yang hampir dengan Tanah Arab, tetapi ada pendapat daripada cendikawan Islam moden yang menafsirkannya sebagai lembah yang paling rendah. Menurut mereka, perkataan ‘adna’  berasal daripada perkataan ‘deni’ yang bermaksud rendah dan ‘ardh’ bermaksud tanah/lembah. Jadi bermakna ‘Adna Ardh’ ialah lembah yang paling rendah di muka bumi.

Ironiknya, pertempuran Rom-Parsi telah benar-benar berlaku di lembah yang paling rendah di muka bumi ini iaitu sekitar kawasan Laut Mati (Syria, Palestin dan Jordan). Laut Mati adalah 395 meter dari paras laut dan merupakan lembah yang paling rendah di muka bumi.

Ini membuktikan bahawa Rom telah mencapai kemenangan di kawasan  yang paling rendah di muka bumi sebagaimama yang telah dijelaskan oleh Allah dalam Surah Ruum di atas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 3 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Habbatu Sauda Erti HabbasSauda Arab = Habbah Sauda, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj Armenia = Shoushma Estonia = Mustkoomen India = Kalounji In...
Mission Impossible v8.0 (Misi Mustahil) Allah SWT telah menjadikan alam dunia ini untuk menguji manusia sama ada patuh atau derhaka kepada setiap suruhan atau tegahan Allah SWT dan menjadika...
Hukum menggali kuburan orang kafir untuk didirikan... عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَنَزَلَ أَعْلَى الْمَدِينَةِ فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ...
Alam Barzakh – peluang ke 2 Sebagaimana yang kita tahu, sertiap manusia akan melalui 5 alam iaitu alam ruh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Para ulama' b...
Rujuk    Pengertian rujuk Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada ni...
Khasiat buah Zaitun Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit?? Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan ber...
Malaikat maut dengan pemuda beriman Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebutpun menjawab salamnya. Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada h...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »