Rujuk

   Pengertian rujuk

  1. Rujuk dan segi bahasa kembali atau pulang. Dari segi istilah hukum syarak rujuk bermaksud mengembalikan perempuan kepada nikah selepas perceraian kurang daripada tiga kali dalam masa idah dengan syarat-syarat tertentu.
  2. Seorang suami yang hendak merujuk isterinya tidak perlu mendapatkan persetujuan kepada bekas isteri terlebih dahulu.
  3. Seorang suami yang telah menceraikan isterinya dengan talak satu atau dua, harus baginya untuk rujuk kembali kepada isterinya selama isteri itu masih dalam iddah kerana rujuk adalah hak suami, bukan hak isteri.
  4. Rujuk digalakkan oleh Islam. Firman Allah:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (228)

       
Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka yang menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (ruju’ akan) isteri-isteri itu dalam masa ‘iddah mereka jika suami-suami bersetujuan hendak berdamai . Dan isteri-isteri itu menpunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara’); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  Al-Baqarah : 228

 

 Hukum Rujuk

  1. Wajib — Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.
  2. Haram — Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.
  3. Makruh — Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.
  4. Harus — Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.
  5. Sunat — Sekiranya mendatangkan kebaikan.

Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut:

      (a)   belum habis idah.

      (b)   isteri tidak diceraikan dengan talak tiga.

(c)   talak itu setelah persetubuhan.   

  Rukun Rujuk :
 

(1)   Suami yang merujuk.  

Syarat-syarat suami sah merujuk:
  
(a)  Berakal.
(b)  Baligh.
(c)  Dengan kemahuan sendiri.  
(d)  Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.

(b)   Isteri yang dirujuk.  

Syarat isteri yang sah dirujuk:  

(a)   Telah disetubuhi.  
(b)   Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.  
(c)   Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang
       bercerai dengan khuluk. 
(d)   belum dijatuhkan talak tiga  
 

(c)  Ucapan yang menyatakan rujuk

 Syarat-syarat lafaz:  

(a) Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami “aku
rujuk engkau”
atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”.  

(b) Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik,
      misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”. Rujuk
      itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.  

(c) Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau
selama sebulan”
.  

  1. Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. 

       Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:

         (a)   selesai idah dari suami pertama.

(b)   bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

(c)   suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.

(d)   bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).

(e)   Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.  
 

Rujuk secara bengurau dianggap sah walaupun dilakukan secara main-main dan tanpa saksi.

Hikmah rujuk

 

  1. Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan numah tangga.
  2. Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.
  3. Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumahtangga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 2 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Mustafa Kamal Ataturk Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah or...
Hadis Ahad  Dari segi bahasa ialah satu. Dari segi istilah ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau 2 orang perawi yang jumlahnya tidak mencapai dar...
Zakat Harta Hukuman dan celaan engan bayar zakat عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَا لَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَن...
Kisah pemuda dengan tukang gunting Seorang pemuda yang beriman telah melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai A...
Kedatangan Imam Mahdi لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْم...
Jarak pintu syurga Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Jeddah, Saudi Arab...
Ilmu tentang hari Kiamat adalah rukun agama Semakin ke akhir zaman semakin banyak perkara tentang hari kiamat yang tidak berdasarkan al-Quran dan Hadis dipopular dan dimanipulasikan. Ia menjad...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »