Sedekah Jariah

Sedekah Jariah bermaksud sedekah yang dberikandan pahalanya tetap berjalan selagi ia memberi manfaat kepada penerimanya sehingga hari kiamat walaupun pemberi sedekah tersebut telah meninggal dunia. Ini tentulah amat memberi manafaat kepada pemberi sedekah walaupun dia telah berada di alam kubur, kerana orang yang dah mati tidak dapat mendapat pahalanya secara langsung, tetapi alangkah bertuahnya pemberi sedekah jariah ini, pahala tetap berjalan ketika tuannya telah mati. Ini tentu dapat menolong pemberi sedekah tersebut, mungkin semasa di dalam kubur, pahala yang dia dapati melalui sedekah jariah tadi akan menambah darjatnya dan menambah pahalanya.     Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ 

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila matinya seorang manusia, terputuslah amal kebaikannya melainkan 3 perkara iaitu ; Sedeqah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya. Hadis riwayat Muslim

عن أنس رضي الله عنه، قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: “سبع يجري للعبد أجرهن وهو في قبره بعد موته: من علم علماً، أو أجرى نهراً، أو حفر بئراً، أو غرس نخلاً، أو بنى مسجداً، أو وورث مصحفاّ، أو ترك ولداً يستغفر له بعد موته”.

“Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya “(Hadis Riwaya Ibnu Majah).

Huraiannya : 

Di dalam hadis ini disebut tujuh macam amal yang tergolong amal jariah sebagai berikut.

  1. Ilmu yang di sebarluaskan : 

Menyebarluaskan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, baik melalui pendidikan formal (seperti sekolah, universiti , kolej dan institusi) dan pendidikan tidak formal seperti perbincangan ilmiah, tazkirah di masjid-masjid, ceramah umum, kursus motivasi, program dakwah dan tarbiah dan sebagainya. Termasuk dalam kategori ini adalah menulis buku-buku yang berguna , menulis kitab-kitab agama dan menyebarkan bahan-bahan Islam melalui artikal-artikal tazkira sama ada di facebook,media sosial atau blog.

  1. Anak soleh yang ditinggalkan :

Mendidik anak menjadi anak yang soleh. Anak yang soleh akan selalu berbuat kebaikan di dunia. Menurut keterangan hadis ini, kebaikan yang diperbuat oleh anak soleh pahalanya sampai kepada orang tua yang mendidiknya yang telah meninggal dunia tanpa mengurangkan nilai atau pahala yang diterima oleh anak-anak tadi. Doa anak yang soleh kepada orang tuanya mustajab di sisi Allah SWT.

  1. Mushaf (kitab-kitab agama) yang diwariskannya :

Mewariskan kitab suci al-Quran, kitab tafsir al-Quran, mushaf (buku agama) kepada orang-orang yang dapat memanfaatkannya untuk kebaikan diri dan masyarakatnya. Samaada untuk ahli keluarga dirumah, untuk sekolah-sekolah agama dan maahad tahfiz dan untuk perpustakaan awam. Selagi kitab-kitab tersebut digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan maka orang yang mewakafkan akan mendapat pahala yang berterusan. 

  1. Masjid yang dibina :

Membangun masjid. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Orang yang membina masjid tersebut akan menerima pahala seperti pahala orang yang mengerjakan amal ibadah di masjid tersebut. Termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid.

  1. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan :

Membangun rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan adalah suatu amalan sangat di tuntut. Setiap orang yang memanfaatkannya, baik untuk berehat sebentar mahupun untuk bermalam dan kegunaan lain yang bukan untuk maksiat, akan mengalirkan pahala kepada orang yang membinanya. Termasuk juga kita membina pondok perhentian bas ditepi-tepi jalan yang tidak di bina oleh kerajaan.

  1. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai,

Mengalirkan air secara baik dan bersih ke tempat-tempat orang yang memerlukannya atau menggali perigi di tempat yang sering dilalui atau didiami orang ramai. Setelah orang yang mengalirkan air itu meninggal dunia dan air itu tetap mengalir serta terpelihara dari kecemaran dan dimanfaatkan orang yang hidup maka ia mendapat pahala yang terus mengalir.

Semakin ramai orang yang memanfaatkannya semakin banyak ia menerima pahala di akhirat. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membina sebuah telaga lalu diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (Hadis Riwaya Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

  1. Harta yang disedekahkannya :

Menyedekahkan sebahagian harta. Sedekah yang diberikan secara ikhlas akan mendatangkan pahala yang berlipat ganda. Selain daripada harta yang diberikan sebagai sedekah, termasuk juga mewakafkan tanah untuk pembangunan pendidikan Islam, rumah anak yatim, maahad tahfiz, tanah perkuburan dan rumah oarng-orang tua. Selagi tanah tersebut digunakan untuk kebaikan maka pahalanya akan berterusan kepada pemberi tanah wakaf tersebut.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Hadis Riwayat Al-Tabrani)

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW telah bersabda ;

كُلُّ امْرِئٍ في ظِلِّ صَدَقَتِهِ حَتَّى يُفْصَلَ بَيْنَ النَّاسِ». أَوْ قَالَ: «يُحْكَمَ بَيْنَ النَّاسِ

Setiap orang berada di bawah bayangan (teduhan) sedekahnya sehinggalah selesai perbicaraan di kalangan manusia atau sehingga selesai proses penghakiman manusia (di Mahsyar) – Hadis riwayat Ahmad (hadis sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim ) al-Hakim (hadis sahih menurut syarat Muslim ) dan Ibnu Hibban (hadis sahih menurut syarat  Muslim ).

Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 23 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Shiekh Muhammad Abduh Biodata Nama sebenarnya  : Muhammad bin Syeikh Abduh Khairuddin. Tempat lahir    :  sebuah desa yang bernama "Mahallat Nasr di Mesir Tarikh lahir  ...
Solat Jamak dan Qasar (update utk ralat makna niat pada 10/12/2016) Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situ...
Sihir Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri dengan syaitan atau jin. Jin d...
Ucaptama IBLIS Kepada Warga Neraka Menurut sebuah hadith, diterangkan bahawa di neraka disediakan sebuah mimbar dari api untuk iblis. Dia dipakaikan pakaian dari api, mahkota dari api d...
Kisah Pemuda yang mempertahankan keimananya Kisah 1  عَنْ صُهَيْبٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « كَانَ مَلِكٌ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ فَلَمَّا ك...
Kisah Raja yang lari dari takhtanya عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:إِنَّ بني إِسْرَ...
Tempat tinggal ruh Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :- ...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »