Sembelihan

Sembelihan ialah mematikan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunaka alat yang tajam dengan niat kerana Allah.

Sembelihan menghalalkan seekor binatang itu dimakan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, hanya binatang yang halal sahaja yang termasuk dalam kategori tersebut. Manakala binatang yang memang haram dimakan seperti babi, ular dan tikus hukumnya tetap haram walaupun disembelih oleh orang Islam.

Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.

Rukun Sembelihan

1. Orang yang menyembelih
2. Binatang yang disembelih
3. Alat untuk menyembelih

Syarat-Syarat Sembelihan

1) Orang yang menyembelih

a) beragama Islam @ ahli kitab
b) Baligh ; tidak sah jika kanak-kanak
c) berakal ; tidak sah jika orang gila

2) Binatang Yang Disembelih

a) Binatang yang halal dimakan
b) binatang itu masih hidup

3) Alat Sembelihan

a) mestilah alat yang tajam seperti pisau
b) tidak termasuk gigi, tulang dan kuku

Syarat Sah Sembelihan

1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk
disembah kepada jembalang dan sebagainya
3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih)
4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup
5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan
6. Disembelih oleh orang Islam
7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang
8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh
dalam perigi ketika disembelih

Sunat Sembelihan

1. Membaca Bismillah
2. Berselawat ke atas nabi
3. Mengadap kiblat
4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih
5. Menyembelih di pangkal leher binatang

Translate:

Related Post

5 perkara aneh   Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yan...
Ilmu tentang hari Kiamat adalah rukun agama Semakin ke akhir zaman semakin banyak perkara tentang hari kiamat yang tidak berdasarkan al-Quran dan Hadis dipopular dan dimanipulasikan. Ia menjad...
Khalifah Umar bin Abdul Aziz Biodata Ringkas Nama                  : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu            : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al...
Sheikh Tahir Jalaluddin Riwayat hidup 1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin 2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Min...
Al-Quran pembina akhlak mulia AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. ...
Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari حَدَّثَنَا ابْنُ بُرَيْدَةَ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ شَرَاحِيلَ الشَّعْبِيُّ شَعْبُ هَمْدَانَ أَنَّهُ سَأَلَ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ أُخْتَ الضَّحَّاكِ...
Tipudaya Iblis semasa sakaratul maut Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, ...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »