Semua makhluk mengenali Rasulullah SAW

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَال جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ بِمَ أَعْرِفُ أَنَّكَ نَبِيٌّ قَالَ إِنْ دَعَوْتُ هَذَا الْعِذْقَ مِنْ هَذِهِ النَّخْلَةِ أَتَشْهَدُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ فَدَعَاهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَنْزِلُ مِنْ النَّخْلَةِ حَتَّى سَقَطَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ ارْجِعْ فَعَادَ فَأَسْلَمَ الْأَعْرَابِيُّ

Dari Ibnu Abbas RA berkata ; Pernah seorang arab badwi datang kepada Nabi SAW sambil berkata ; Bukti apakah yang dapat menunjukkan kepadaku bahawa engkau adalah seorang nabi ? Jawab nabi ; Jika aku panggil dahan pohon kurma itu, pasti ia akan memberi kesaksian bahawa Aku adalah Rasulullah SAW. Kemudian nabi memanggil dahan pohon kurma itu hingga dahan tersebut jatuh ke pangkuan Rasulullah SAW. Dahan kurma itu diperintahkan oleh nabi untuk kembali ke tempatnya semula. Dahan itu pun dengan patuh segera kembali ke tempat asalnya. setelah menyaksikan peristiwa itu, Arab badwi tadi segera mengisytiharkan keislamannya.  Hadis riwayat Turmizi.

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَكَّةَ فَخَرَجْنَا فِي بَعْضِ نَوَاحِيهَا فَمَا اسْتَقْبَلَهُ جَبَلٌ وَلَا شَجَرٌ إِلَّا وَهُوَ يَقُولُ السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ

Ali bin Abu Thalib berkata ; Pernag aku bersama Nabi SAW di Kota Makkah. Kemudian kami keluar ke salah satu penjuru kota Makkah. Tiada suatu gunung atau pohon yang baginda lalui kecuali pasti mereka mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW. Hadis riwayat Turmizi dan ad-Darimi.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَقْبَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ حَتَّى إِذَا دَفَعْنَا إِلَى حَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ بَنِي النَّجَّارِ إِذَا فِيهِ جَمَلٌ لَا يَدْخُلُ الْحَائِطَ أَحَدٌ إِلَّا شَدَّ عَلَيْهِ قَالَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ حَتَّى أَتَى الْحَائِطَ فَدَعَا الْبَعِيرَ فَجَاءَ وَاضِعًا مِشْفَرَهُ إِلَى الْأَرْضِ حَتَّى بَرَكَ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَاتُوا خِطَامًا فَخَطَمَهُ وَدَفَعَهُ إِلَى صَاحِبِهِ قَالَ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى النَّاسِ قَالَ إِنَّهُ لَيْسَ شَيْءٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِلَّا يَعْلَمُ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا عَاصِيَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ

Jabir bin Abdullah berkata ; Pernah kami bersama Rasulullah SAW kembali ke Madinah dari suatu perjalanan. Waktu kami tiba dekat pagar keluarga Bani Nadjar, kami dapati seekor unta yang menggangu setiap orang yang masuk ke pagar itu. Mereka mengadu kepada Rasulullah SAW. Rasululllah SAW datng dan memanggil unta tersebut. Dengan patuh, unta itu segera mendatangi Rasulullah SAW sambil menaruh kepalanya di atas tanah di hadapan Rasulullah SAW.

Rasulullah segera meminta seutas tali kekang. Setelah diikat leher unta itu dengan tali kekang, barulah diberikan kepada pemiliknya.

Kemudian Rasulullah SAW menoleh kepada kami seraya berkata ; Tidak ada suatu makhlukpun yang berada di antara langit dan bumi, kecuali ia tahu bahawa aku adalah Rasulullah SAW selain jin dan manusia yang engkar. Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 2 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Ketika Embrio berumur 42 hari Hadist Rasulullah SAW إذا مر بالنطفة ثنتان وأربعون ليلة بعث الله إليها ملكاً فصوًّرها وخلق سمعها وبصرها وجلدها ولحمها وعظمها، " Jika Sperma (Air Man...
Kisah Raja yang lari dari takhtanya عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بن عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:إِنَّ بني إِسْرَ...
Hak Wanita selepas penceraian SELEPAS PERCERAIAN: APAKAH HAK WANITA YANG PERLU DITUNTUT Oleh : Ghafani bin Awang Teh Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai Tuntuan Mutaah i...
Biodata IBLIS Nama                    : IBLIS LAKNATULLAH T.Kelahiran             : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s Status diri         ...
BABI ; Penyakit Bawaannya. إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ ف...
Solat Jumaat Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang tertentu. Solat Jumaat adalah Fard...
Perempuan yang haram dikahwini HARAM SELAMA-LAMANYA   a) Haram Sebab Keturunan 1) Ibu, nenek dan ke atas 2) Anak, cucu dan ke bawah 3) Adik-beradik Perempuan seibu-sebapa, ...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »