Sheikh Tahir Jalaluddin

Riwayat hidup

1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1869 Masihi.
3. Bapanya, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali juga dengan gelaran Sheikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin adalah seorang ulama terkenal.

Sheikh Tahir Jalaluddin menetap di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1900 Masihi setelah menetap di Makkah selama kirakira 12 tahun kerana menuntut ilmu.

Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.

Sifat-sifat peribadi

1. Sheikh Tahir Jalaluddin seorang yang berbudi pekerti mulia, gigih, serta berani dalam perjuangan.
2. Beliau mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh, dan ahli falak yang mahir.
3. Di samping itu, Sheikh Tahir Jalaluddin juga terkenal sebagai pemidato yang baik.

Pendidikan

1. Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut ilmu agama di Makkah selama 12 tahun.
2. Pada tahun 1893 ketika berusia 24 tahun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau kembali ke Makkah untuk mengajar ilmu agama selama dua tahun.
4. Pada tahun 1899, Sheikli Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mula mengembangkan pembaharuan dalam kefahaman Islam.
5. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Syed Jamaluddin Al-Afghani, terutamanya ketika Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut di Universiti AlAzhar. Mereka sama-sama memperjuangkan semangat pembaharuan dalam Gerakan Al-Tajdid Wal-Islah.

Sumbangan dan jasa-jasa

Hasil usaha gigih Sheikh Tahir Jalaluddin, sebuah majalah yang dinamakan “Al-Imam telah diterbitkan pada tahun 1906 yang mencetuskan semangat kemerdekaan  daripada cengkaman panjajah.

Beliau menupakan pelopor pembaharuan gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan As-Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam.

Sheikh Tahir Jalaluddin gigih berusaha menyedarkan umat Islam serta mengajak mereka berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.

Kesan pemikiran

  1. Usaha-usaha Sheikh Tahir Jalaluddin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat Islam membebaskan diri daripada kongkongan kepercayaan khurafat serta taklid membuta tuli.
  2. Semangat penjuangan untuk kemerdekaan juga ditiup oleh Sheikh Tahir Jalaluddin melalui gerakan pembaharuan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau.
  3. Propaganda barat terhadap Islam serta pemikiran barat yang mengelirukan umat Islam telah dapat ditangkis dengan hujah-hujah daripada al-Quran melalui kitab yang beliau tulis seperti “Al-Islam Warradu Ala Muntaqidihi .
  4. Pembaharuan beliau ialah meninggalkan kesan terhadap kemajuan pendidikan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, dengan memasukkan sukatan pelajaran bagi ilmu pengetahuan yang sebelumnya tiada.
  5. Pemikinan beliau bukan sahaja tersebar luas di seluruh alam Melayu malahan juga di Sumatena, Sulawesi, Jawa, dan Kalimantan.

Hasil karya

Sheikh Tahin Jalaluddin memberi sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah “Al-Urwati Al-Wuthuqa.

Beliau juga mengarang kitab “Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah.

Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama “Al-Islam Wannaddu Ala Muntaqidihi.

Translate:

Related Post

Bible Compared to Quran Bible Compared to Quran Based on transcripts of vairous lectures given by Yusuf Estes & Dr. Gary Miller Introduction by Yusuf Estes - I pra...
Tempat-tempat Larangan Solat  عَنْ ابْنِ عُمَرَأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ فِي الْمَزْبَلَةِ وَالْمَجْزَرَةِ...
Abu Yazid Al-Bustami vs paderi Pada suatu malam, Abu Yazid Al-Bustami bermimpi bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki ini menyuruhnya pergi ke gereja Sama'an. Pada mulanya dia menyan...
Adakah Ram dan Khishna nabi Allah? Jika mengikut Islam, rasul atau nabi-nabi telah dihantar kepada setiap bangsa di dunia, kemudian yang nabi telah dihantar ke India? Bolehkah kita meng...
The Pagan Origins of Christmas https://www.islamreligion.com/articles/11331/pagan-origins-of-christmas/ Dictionary.com defines Christmas as the annual festival of the Christian chu...
10 Solat Ditolak Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan  siapa yang tidak memelihara solat...
Sahur BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »