Tekanan Darah Tinggi

hipertensi

darah_tinggi DEFINISI

Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.

Secara umum, hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala, di mana tekanan yang tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya rasiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.

 

Ukuran Tekanan Darah

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:-

 120 / 80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.

Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Dikatakan tekanan darah tinggi jika  tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam  normal. Hipertensi ini sering terjadi pada usia lanjut.

Apabila usia semakin lanjut,  hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sehingga usia 80 tahun sementara tekanan diastolik terus meningkat sehingga usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau menurun secara drastik.

Klasifikasi Tekanan Darah bagi orang dewasa
 

Kategori Tekanan Darah Sistolik Tekanan Darah Diastolik
Normal Dibawah 130 mmHg Dibawah 85 mmHg
Normal tinggi 130-139 mmHg 85-89 mmHg
Stadium 1
(Hipertensi ringan)
140-159 mmHg 90-99 mmHg
Stadium 2
(Hipertensi sedang)
160-179 mmHg 100-109 mmHg
Stadium 3
(Hipertensi berat)
180-209 mmHg 110-119 mmHg
Stadium 4
(Hipertensi maligna)
210 mmHg atau lebih 120 mmHg atau lebih

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin(noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

AKIBAT TEKANAN DARAH TINGGI

Jika tekanan darah anda kekal tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:

  • Serangan jantung
  • Angin ahmar
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan buah pinggang
     

# Artikel ini sekadar pendedahan ringkas sahaja, jika ada sebarang kemusykilan, sila rujuk doktor @ jabatan kesihatan yang berdekatan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 14 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Abu Jahal Jahatnya Abu Jahal "Pada suatu hari, Abu Jahal memerintahkan pengikut-pengikutnya untuk mengorek sebuah lubang yang dalam. Di dalam lubang itu diisi...
Israk & Mikraj – Kerajaan Allah yang te... Israk & Mikraj adalah perjalanan Rasulullah SAW menuju kepada kerajaan Allah SWT. Allah SWT telah menjemput Rasulullah SAW mengadapNya di Sidratul...
Mustafa Kamal Ataturk Beliau ialah Mustafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah or...
Apabila Mungkar Dan Nakir Menyoal Barra' bin Azib meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ada dua malaikat yang akan menanya si mayat. Kedua-duanya akan menyiasat si mayat...
Prosuder keluar roh Disebut dalam sebuah riwayat, jika seorang itu nazak, mulutnya terkunci dan 4 malaikat akan masuk ke dalam jasadnya.   Malaikat Pertama masuk memberi...
Gambar Makam Rasulullah Kita banyak melihat gambar makam Rasulullah SAW di dalam media masa termasuklah internet dan media sosial yang menunjukkan bahawa gambar-gambar beriku...
Kisah pemindahan kubur sahabat Masuk Islam kerana menyaksikan pemindahan 2 kubur sahabat Rasulullah SAW Pada tahun 1932 (atau tahun 1351H), raja Iraq yang bernama Shah Faisal I ber...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »