WAJIB ( Iijab)

ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (QAT’IE). Sekiranya tidak dilaksanakan, dia akan berdosa. Jika dilaksanakan mendapat pahala. Contohnya solat lima waktu.
 

PEMBAHAGIAN HUKUM WAJIB
 

1. WAJIB BERDASARKAN WAKTU PELAKSANAANNYA

a) WAJIB MUTLAK

Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya TANPA ditentukan waktu pelaksanaan dgn waktu yang tertentu. Dibolehkan (HARUS) dilakukan pada bila-bila masa yang disukai, TIDAK BERDOSA jika melewatkannya spt HAJI.

b) WAJIB MUQAIYAD

Apa yang diWAJIBkan syarak melakukannya dan ditentukan had waktunya. TIDAK BOLEH dilakukan sebelum atau selepas waktunya . BERDOSA jika dilewatkan sehingga luput waktunya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak spt solat fardhu dan puasa ramadhan.

 

2. WAJIB BERDASARKAN KADAR YANG DITENTUKAN

a) WAJIB MAHDUD

Apa yang telah ditentukan syarak kadar yang tertentu spt zakat dan diat.

b) WAJIB GHAIR MAHDUD

Apa yang tidak ditentukan syarak kadar yang tertentu spt sedekah, membalanjakan harta ke jalan Allah.

 

3. WAJIB BERDASARKAN PENENTUAN APA YANG DITUNTUT
 

a) WAJIB MUAIYIN

Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf tanpa ada pilihan lain spt solat 5 waktu dan puasa. 

b) WAJIB GHAIR MUAIYIN

Apa yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf  dengan diberi pilihan, terpulanglah kepada seseorang untuk memilih mana-mana yang dia suka spt denda kerana mungkir janji, diberi 3 pilihan iaitu memberi makan 10 org miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba.

 

4. WAJIB BERDASARKAN ORG YANG DITUNTUT
 

a) WAJIB ‘AINI

Apa yang telah dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat’ie) kepada setiap mukallaf secara individu spt solat fardhu.

b) WAJIB KIFAIE

Apa yang telah dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat’ie) kepada sebahagian drp masyarakat, bukan setiap seorang mukallaf. Jika dilakukan oleh sebahagian drp mereka, maka sudah memadai. Tetapi, jika tiada seorangpun dikalangan mereka melakukannya, maka seluruh mereka BERDOSA spt solat jenazah.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
(Visited 3 times, 1 visits today)

Translate:

Related Post

Doa dan zikir selepas solat وعن عبد الرحمن بن غنم أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( من قال قبل أن ينصرف ويثني رجله من صلاة المغرب والصبح : لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له ...
Pendapat Ulama tentang Imam Mahdi عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ ». قَالَ زَائِدَةُ فِى حَدِ...
Qurban Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyniq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tuj...
Aqiqah Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran   kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.     ...
Kisah Harut & Marut وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّح...
Khasiat Tumbuhan & Haiwan Beras Beras adalah antara makanan yang mengenyangkan. Di anatara khasiatnya ialah ; 1. mudah dicerna oleh perut 2. menyihatkan badan 3. menambah...
Kisah pemuda dengan tukang gunting Seorang pemuda yang beriman telah melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai A...
Isi Kandungan
Keajaiban
Tazkirah
Tokoh
Musuh
Usulul Fiqh
Kesihatan
Ulumul Hadis
Feqah
Aqidah
Sirah
Tamadun
Perubatan
Artikel
Doa & Zikir
Qawaid Fiqhiyyah
Perbandingan Agama
Akhir Zaman
Tanda Kecil Qiamat
Tanda Besar Qiamat
Loading.....
Translate »