
Harta Pusaka
Tulisan ini adalah ringkasan daripada persoalan harta pusaka yang amat sukar dan sering menimbulkan pergaduhan dalam sesebuah keluarga. Ia adalah satu usaha ke arah memahami ilmu faraid yang mudah hilang dari ingtan manusia. Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua pembaca sekelian.
Wassalam.
# semua istilah-istilah yang digunakan spt bapa, saudara P, anak dsb adalah dinasabkan kepada si mayat kecuali dinyatakan sebaliknya.
HHarta pusaka ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati di masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya setelah dia mati.


Termasuk Harta Pusaka
Semua harta si mati yang diperolehi secara halal
Sewa yang belum dijelaskan kepada si mati;
Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematian ,
Dividen / faedah yang terbit daripada harta si mati;
Simpanan KWSP berpenama / tiada penama
Penama Takaful
Harta yang terbit selepas mati seseorang dari usahanya semasa hayat.
Bukan Harta Pusaka
Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah
Khairat kematian
Pemberian/sedekah oleh orang-orang yang menziarahi kematian
Imbuhan, pampasan dan sagu hati;
Pencen terbitan
Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
Hak-hak ke atas harta
Hak-hak yang berkaitan dengan harta tersebut seperti nazar, gadaian dan sebagainya
Penyelengaraan mayat sehingga dikebumikan
Hutang puitang
Wasiat kepada selain waris
Hak Pusaka
*Keutamaan mengikut susunan
Pembahagian Harta Pusaka
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
3. Asabah (lebihan) bila bersama anak lelaki(L)
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 1/6 bila seorang dan bersama seorang anak P
3. 2/3 bila dua orang @ lebih
4. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
5. Mahjub (terhalang) bila ada 2 anak P
6. Asabah (lebihan) bila ada anak L sebelah bapa
7. Asabah bila ada cucu L walaupun ada 2 anak P
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
3. Asabah (lebihan) bila ada anak P
4. Asabah (lebihan) bila ada cucu dari anak L
5. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (I/B)
6. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
7. Mahjub (terhalang) bila ada cucu dari anak L ke bawah
8. Mahjub (terhalang) bila ada bapa
1. 1/2 bila seorang sahaja
2. 2/3 bila 2 orang atau lebih
3. 1/6 bila ada saudara P (I/B)
4. Asabah (lebihan) bila ada saudara L (B)
5. Asabah (lebihan) bila ada anak P
6. Asabah (lebihan) bila ada cucu P drp anak L
7. Mahjub (terhalang) bila ada 2 orang saudara P (I/B)
8. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
9. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L
10.Mahjub (terhalang) bila ada Bapa
11.Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L
12.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama anak P
13.Mahjub (terhalang) bila ada saudara P (I/B) bersama cucu P drp anak L
1. 1/6 bila seorang sahaja
2. 1/3 bila 2 orang atau lebih
3. Mahjub (terhalang) bila ada anak L
4. Mahjub (terhalang) bila ada ada anak P
5. Mahjub (terhalang) bila ada cucu L drp anak L
6. Mahjub (terhalang) bila ada cucu P drp anak L
7. Mahjub (terhalang) bila ada bapa
8. Mahjub (terhalang) bila ada datuk
1. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada anak P
2. 1/6 dan Asabah (lebihan) bila ada ada cucu P drp anak L
3. 1/6 bila ada anak L
4. 1/6 bila ada cucu L drp anak L
5. Asabah (lebihan)bila tiada ;
a) anak L b) anak P c) cucu L drp anak L d) cucu P
drp anak L
6. Datuk Mahjub (terhalang) bila ada bapa
1. 1/6 bila ada anak L
2. 1/6 bila ada anak P
3. 1/6 bila ada cucu L drp anak L
4. 1/6 bila ada cucu P drp anak L
5. 1/6 bila ada 2 @ lebih Saudara L atau P sama ada (I/B) atau tidak
6. 1/3 bila tiada ;
a) anak L b) anak P c) cucu L drp anak L d) cucu P drp
anak L
7. 1/3 bila ada seorang Saudara L atau P sama ada (I/B)
atau tidak
8. 1/3 drp baki bila terdiri drp ;
a) emak b) bapa c) suami @ isteri
1. 1/2 bila tiada :
a) anak L b)anak P c) cucu L drp anak L d) cucu P drp
anak L
2. 1/4 bila ada ;
a) anak L b)anak P c) cucu L drp anak L d) cucu P drp
anak L
1. 1/4 bila tiada :
a) anak L b) anak P c) cucu L drp anak L d)cucu P
drp anak L
2. 1/8 bila ada ;
a) anak L b) anak P c) cucu L drp anak L d)cucu P drp
anak L
Kelayakan Menjadi Waris
Nasab keturunan yang sah
2) Perkahwinan yang sah.
Syarat-Syarat Pewarisan
Hilang Kelayakan Menjadi Waris
Istilah penting dalam pewarisan
Ashabul Furud ialah mereka yang berhak mendapat harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan iaitu 2/3, 1/2, 1/3, 1/4, 1/6 dan 1/8. Mereka terdiri daripada :
1) Anak Perempuan
2) Ayah
3) Emak
4) Datuk
5) Nenek
6) Saudara P seibu sebapa
7) Saudara P sebapa
8) Saudara P seibu
9) Saudara L seibu
10) Suami
11) Isteri
Hajbu (Halangan) ialah halangan daripada mewarisi harta sama ada seluruh harta atau sebahagiannya kerana adanya waris yang lebih utama daripadanya.
Hajbu Hirman ialah halangan ahli waris daripada mewarisi seluruh harta kerana adanya waris lain yang lebih berhak seperti cucu L terhalang daripada mewarisi harta kerana adanya anak L
Waris Yang Tidak Akan Terhalang
a) Anak kandung L
b) Anak kandung P
c) Bapa
d) Emak
e) Suami
f) Isteri
Waris Yang Akan Terhalang
Waris Lelaki
- a) Datuk apabila adanya Bapa, datuk yang jauh akan terhalang dengan adanya datuk yang dekat
b) Saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) anak L
3) cucu L dari anak L - c) Saudara L sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) anak L
3) cucu L dari anak L
4) saudara L seibu sebapa
5) Saudara P seibu sebapa yang termasuk dalam golongan ‘Asabah Ma’a Ghairihi - d) Saudara L seibu dan Saudara P seibu apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) anak P
6) cucu P dari anak L dan ke bawah - e) cucu L dari anak L apabila adanya anak L, cucu yang dekat akan menghalang cucu yang jauh (cicit)
f) anak saudara dari saudara L seibu sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) saudara L sebapa - g) anak saudara dari saudara L sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) saudara L sebapa
6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa - h) Bapa Saudara seibu sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) saudara L sebapa
6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
7) anak saudara dari saudara L sebapa - i) Bapa Saudara sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) saudara L sebapa
6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
7) anak saudara dari saudara L sebapa
8) Bapa Saudara seibu sebapa - j) Anak Bapa Saudara (sepupu) seibu sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) saudara L sebapa
6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
7) anak saudara dari saudara L sebapa
8) Bapa Saudara seibu sebapa
9) Bapa Saudara sebapa - k) Anak Bapa Saudara (sepupu) sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) Datuk
3) anak L
4) cucu L dari anak L dan ke bawah
5) saudara L sebapa
6) anak saudara dari saudara L seibu sebapa
7) anak saudara dari saudara L sebapa
8) Bapa Saudara seibu sebapa
9) Bapa Saudara sebapa
10) Anak Bapa Saudara (sepupu) seibu sebapa
Waris Perempuan
- a) Nenek apabila ada emak
b) Cucu P dari anak L apabila adanya sama ada
1) anak L
2) 2 orang @ ramai anak P kecuali dia menjadi ‘asabah - c) Saudara Perempuan seibu sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) anak L
3) cucu L dari anak L dan ke bawah - d) Saudara Perempuan sebapa apabila adanya sama ada
1) bapa
2) anak L
3) cucu L dari anak L dan ke bawah
4) Saudara Perempuan seibu sebapa yang termasuk dalam golongan ‘Asabah Ma’a Ghairihi
5) 2 orang Saudara Perempuan seibu sebapa kecuali dia menjadi ‘asabah - e) Saudara Perempuan seibu apabila adanya sama ada
1) bapa
2) datuk
3) anak L
4) anak P
5) cucu L dari anak L dan ke bawah
6) cucu P dari anak L dan ke bawah
Hajbu Nukshan ialah di mana ahli waris mendapat kurang dari sepatutnya kerana adanya ahli waris yang lain misalnya hak suami 1/2 drp harta berkurangan kepada 1/4 kerana adanya anak.
Menurut Istilah Syarak,’Asabah ialah waris-waris yang tidak mempunyai kadar yang ditetapkan secara jelas oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Menurut pendapat ulama’ Faraid, ‘Asabah ialah waris yang menguasai semua harta sekiranya beliau seorang diri sahaja dan jika ada waris yang layak, dia mengambil semua baki harta yang tinggal.
Mereka ialah :
1) Anak L
2) Cucu L
3) Saudara L seibu sebapa
4) Saudara L sebapa
5) Bapa saudara seibu sebapa
Pembahagian ‘Asabah
Asabah terbahagi kepada 2 bahgaian iaitu ;
1) ‘Asabah Nasabiah iaitu ‘asabah kerana nasab
2) ‘Asabah Sebabiah iaitu ‘asabah kerana memerdekakan hamba iaitu tuan yang memerdekakan hamba tadi mewarisi harta hamba yang dimerdekakannya jika hamba tersebut tidak mempunyai waris.
Ia hanya melibatkan waris lelaki sahaja iaitu :
a) Anak yang meliputi :
1) anak simati,
2) cucu sebelah anak L dan ke bawah
b) Bapa yang meliputi :
1) ayah simati,
2) datuk sebelah bapa dan ke atas
c) Saudara yang meliputi :
1) saudara seibu sebapa,
2) saudara sebapa,
3) anak saudara dari saudara L seibu sebapa,
4) anak saudara L dari saudara sebapa dan ke bawah
d) Bapa Saudara yang meliputi :
1) Bapa Saudara seibu sebapa,
2) Bapa Saudara sebapa,
3) anak Bapa Saudara(sepupu L) dari Bapa Saudara
seibu sebapa,
4) anak Bapa Saudara(sepupu L)dari Bapa Saudara sebapa
Tips Tambahan
# ‘Asabah Bi an-Nafsi yang mempunyai 4 golongan adalah mengikut tertib iaitu diutamakan anak ke atas bapa, bapa lebih utama daripada saudara dan saudara lebih berhak daripada bapa saudara. Sekiranya terdapat satu golongan daripada mereka (misalnya anak) maka dia akan mendapat semua harta @ sebahagian sahaja setelah diambil oleh waris lain. Jika tiada harta yang tinggal, maka mereka tidak mendapat sebarang harta kecuali anak dan ayah.
Semua mereka adalah perempuan iaitu :
a) Anak Perempuan akan mendapat ‘asabah jika bersama (saudaranya) anak lelaki
b) Cucu P sebelah anak L jika bersama (saudaranya) cucu P sebelah anak L dan ke bawah
c) Saudara P seibu sebapa jika bersama (saudaranya) saudara L seibu sebapa
d) Saudara P sebapa jika bersama (saudaranya) saudara L sebapa
Syarat-Syarat ‘Asabah Bi Ghairihi
1) Perempuan tersebut mestilah dalam golongan Ashabul Furud
2) Perempuan tersebut mestilah sama darjat seperti anak P mestilah dengan kehadiran anak L dan tidak sah kalau anak P dengan saudara L sebapa
3) Perempuan tersebut mestilah lebih tinggi martabatnya, tidak boleh ‘asabah saudara P seibu sebapa dengan kehadiran saudara L sebapa
Setiap golongan menjadi ‘asabah dengan kehadiran orang lain iaitu saudara lelaki masing-masing. Pewarisan di antara mereka ialah lelaki mendapat dua bahagian perempuan ( 2 : 1)
‘Asabah Ma’a Ghairihi ialah setiap perempuan yang memerlukan kehadiran perempuan untuk melayakkan dirinya mendapat asabah. Mereka ialah :
a) Saudara P seibu sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah
b) Saudara P sebapa akan mendapat asabah jika bersama anak P atau ke bawah
Tips Tambahan
# Perempuan yang termasuk dalam ‘Asabah Ma’a Ghairihi mestilah tidak mempunyai saudara L bagi diri mereka
# Jika Saudara P seibu sebapa menjadi ‘Asabah Ma’a Ghairihi, maka dia mempunyai kuasa spt Saudara L seibu sebapa dalam menghalang pewarisan daripada waris-waris yang lain tetapi dia tidak layak mengambil harta mengikut bahagian Saudara L se ibu sebapa
Contoh pengiraan harta pusaka
Bahagian | Waris | Dapat |
1/2 | Anak P | 1/2 |
Asabah Maal Ghir | Saudara P Seibusebapa | 1/2 |
Mahjub | Saudara L Sebapa | — |
Bahagian | Waris | Dapat |
1/2 | Anak P | 1/2 |
Asabah Maal Ghir | Saudara P Seibusebapa | 1/2 |
Mahjub | Saudara L Sebapa | 0 |
Bahagian | Waris | Dapat |
1/2 | Suami | 1/2 |
Asabah | Bapa | 1/2 |
Mahjub | Saudara P sebapa (B) | 0 |
Bahagian | Waris | Dapat |
1/4 | Suami | 2/8 |
1/2 | Anak P dari anak L (Cucu) | 4/8 |
Asabah Maal Ghir | Dua saudara P seibusebapa | 2/8 |
Mahjub | Saudara L Sebapa | — |
Bahagian | Waris | Dapat | |
1/8 | 2 Isteri | 6/54 | |
1/2 | Anak P | 24/54 | |
1/6 | Anak P dari anak L (Cucu) | 8/54 | |
1/6 | Ibu | 8/54 | |
1/6 | Datuk | 8/54 | |
Mahjub | 5 orang saudara P seibusebapa | 0 |
Bahagian | Waris | Dapat |
1/4 | Suami | 3/15 |
1/6 | Ibu | 2/15 |
1/6 | Bapa | 2/15 |
1/2 | Anak P | 6/15 |
1/6 | Anak P dari anak L (Cucu) | 2/15 |
Bahagian | Waris | Dapat | |
1/4 | Suami | 3/15 | |
2/3 | 4 orang anak P | 8/15 | |
1/6 | Ibu | 2/15 | |
1/6 | Datuk | 2/15 | |
Mahjub | 2 orang saudara P seibusebapa | ||
Mahjub | 3 orang saudara L seibusebapa |
Bahagian | Waris | Dapat | |
1/8 | 2 Isteri | 6/54 | |
1/2 | Anak P | 24/54 | |
1/6 | Anak P dari anak L (Cucu) | 8/54 | |
1/6 | Ibu | 8/54 | |
1/6 | Datuk | 8/54 | |
Mahjub | 5 orang saudara P seibusebapa | 0 |
Bahagian | Waris | Dapat |
1/2 | Anak P | 1/2 |
Baitulmal | 1/2 |
Bahagian | Waris | Dapat |
1/3 | Ibu | 1/3 |
Baitulmal | 2/3 |
#sekiranya hanya ada ibu atau anak P shj, maka selebih harta adalah milik baitulmal.