June 8, 2023
Petikan dari al-Quran

Perumpamaan perkataan yang baik

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
( Surah Ibrahim ayat 24-25 )

www.tayibah.com

Sekadar sedikit perkongsian

Jom Sampaikan...

Selepas perjanjian Aqabah Rasulullah SAW telah memerintahkan Musaiab bin Umair ditemani oleh Ibnu Makhtum yg buta berangkat segera ke Yathrib untuk mengajar penduduk di sana tentang Islam. Paling kurang sebulan perjalanan siang dan malam mungkin tersesat atau dibaham haiwan buas di padang pasir. Mereka berdua lakukan dengan tabah dan menjunjung perintah demi kerja dakwah Islam. 

Berbanding dengan kita sekarang di zaman teknologi cangih yang banyak percuma dan mudah digunakan spt handphone, internet, whatsapp, telegram, blog, facebook dsb … alangkah baiknya kalau  kita dapat SAMPAIKAN SEDIKIT DAKWAH/ILMU ISLAM ini kepada org lain semampu kita boleh… Fikir-fikirkan wahai sahabat yg mulia...

Latest Post

Tazkirah

X