Masjid Nabawi adalah masjid kedua dalam Islam selepas Masjidil Haram. Ia dibina oleh Rasulullah SAW apabila beliau sampai di Madinah Munawwarah dalam peristiwa HIJRAH.
Waktu Malam
Cantik ! di malam purnama
Luaran
Pemandangan dari arah luar Masjid Nabawi yang penuh bercahaya sesuai dengan namanya Madinatul Munawwarah iaitu ‘kota yang bercahaya’
Dalam Masjid
Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
Makam Rasulullah SAW
Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.
Raudah – Taman Syurga (tempat mustajab doa)
Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.