June 10, 2023
Keajaiban

Matahari berputar dan beredar

Para saintis (ahli astronomi) berpendapat bahawa matahari berputar dan beredar mengikut orbitnya sendiri pada kelajuan 768,000 kmj @ 17,280,000 km sehari. Ia mengambil masa selama 225 juta tahun untuk satu edaran.

Firman Allah SWT ; 

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (33)

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). Surah al-Anbiaya’ : 33
 

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (38)

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. Surah Yaasin;38,

matahari beredar2

Ketika ayat al-Quran di atas diturunkan, manusia belum mempunyai teleskop atau alat saintifik untuk membuktikan matahari itu berputar dan beredar dalam orbitnya. Ini membuktikan bahawa Al-Quran itu adalah perkataan (kalam) Tuhan (Allah SWT).

X